Cara Daftar Dan Mohon Rumah PR1MA 1Malaysia Online

Proses memohon kediaman PR1MA

1. Buka akaun

  1. Buka akaun menggunakan borang online di https://register.pr1ma.my/Account/Register.
  2. Aktifkan akaun dalam masa 14 hari dengan mengklik pautan dalam emel yang dihantar oleh PR1MA.
  3. Buat kata laluan baru untuk akaun PR1MA anda. 


2. Daftar


  1. Log masuk ke dalam akaun PR1MA menggunakan ID dan kata laluan anda.
  2. Isi borang secara online untuk mendaftar, pilih lokasi dan lampirkan semua dokumen yang diperlukan (salinan kad pengenalan dan slip gaji atau penyata bank terkini).
  3. Terima nombor rujukan 12-digit PR1MA anda (contoh: P1212-0000125). Guna nombor ini bila berurusan dengan PR1MA.
  4. Pihak PR1MA akan memaklumkan mengenai lokasi pilihan yang bakal dilancarkan melalui emel dan SMS.


3. Tempah rumah pilihan anda

Layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php. untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran dan harga kediaman PR1MA.
Sebaik sahaja projek pembangunan PR1MA di lokasi pilihan anda dilancarkan, anda MESTI mengikut langkah-langkah di bawah untuk melayakkan diri bagi cabutan undi:
  • Log masuk ke akaun PR1MA menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda.
  • Kemas kini maklumat peribadi (jika ada) untuk memohon cabutan undi.
  • Pilih dan mohon kediaman pilihan melalui senarai yang disediakan.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan di nombor telefon 03-7962 4374 hari Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi – 1:00 petang), atau emel  info@pr1ma.my.
sumber

0 comments: