Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.
Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient, and genetik.
Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).
Sakit belakang yang di alami berpunca dari :
- Perubahan kepada disc
- Kecederaan otot
- Postur tidak betul
- Patah tulang belakang (jarang)
- Kelemahan otot stabiliti
Gejala-gejala Slipped dics
- sakit belakang
- sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)
- Cauda equina syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)
Objektif Rawatan Fisioterapi
- Untuk mengurangkan sakit
- Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
- Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
- Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
- Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit
Klasifikasi sakit
- Sakit belakang akut - Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan
- Sakit belakang kronik - Sakit yang di alami melebihi 3 bulan
- Sakit belakang berulang (recurrent) - Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan
Komplikasi
Limitasi dalam aktiviti harian disebabkan sakit.
Pencegahan
Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :
Semasa baring
Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut
Semasa berjalan
Memakai kasut bertumit rendah yang selesa
Semasa duduk
Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik
Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang
Semasa berdiri
- Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah
- Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul
- Lakukan senaman secara tetap
- Menjaga berat badan
- Amalkan kecergasan keseluruhan
Rehabilitasi
Pengurusan sakit
Ice pack – untuk sakit belakang yang akut
Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama 15 minit.
hot pack – untuk sakit belakang yang kronik dan berulang
Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pastikan tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.
Program senaman sakit belakang
Pelvic Tilt
Posisi : baring di atas permukaan yang rata
Cara melakukan : keraskan otot abdominal, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat
Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Hip Rolling
Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
cara melakukan : letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan.
Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Lower Abdominal Exercise
Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
Cara melakukan :
1) gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.
2) Angkat kaki ke atas dengan kedua- dua lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah
Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Cat and camel
Posisi : merangkak
Cara melakukan : Melengkungkan bahagian belakang sambil muka pandang atas, tahan untuk 3 saat. Kemudian bongkokkan tulang belakang dan tahan 3 saat. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Hip Extension
Posisi : Merangkak
Cara melakukan : Secara selang seli, bawa lutut ke depan dan kemudian ke belakang hingga kaki lurus dan selari dengan lantai.. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Lumbar stabilization Exercises
Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
Cara Melakukan : luruskan lutut kanan, Keraskan otot abdominal dan pastikan badan dalam posisi neutral. Angkat kaki kanan setinggi 12 inci dari lantai, (lutut kanan dalam keadaan lurus), tahan 3 saat dan turunkan kaki.
Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
Rujukan
0 comments:
Post a Comment