Soalan:
Saya dah buat macam-macam tapi hidup saya tidak berubah?
Jawapan saya:-
Kita adalah mengikut apa yang kita fokuskan dan sangkakan. Ada 6 intipati asas yang kita perlu jadikan pegangan. Ini asasnya.
1- Intipati Syukur- Fokus apa yang best dalam hidup kita SEKARANG. Most people setiap hari sibuk mencari apa yang tidak best pada dirinya, keliling mereka mahupun pada orang lain. Ramai manusia tidak hidup setiap hari dengan penuh kesyukuran sedangakan janji Allah swt di dalam Al-Quran Surah Ibrahim Ayat 7 ada menyebut yang maksudnya. Barangsiapa yang bersyukur dengan Aku (Kata Allah), NESCAYA Aku (Kata Allah) tambah lagi.
2- Intipati Sujud- Rendahkan hati & tekan ego kita sujud lebih banyak kepadaNya. Jangan buang masa meminta-minta dengan manusia. Jangan sombong dengan Allah swt. Semakin banyak masalah kita, maka semakin banyak sujud kepadaNya. Begitu juga semakin banyak nikmatNya kepada kita, semakin banyak sujud kita kepadaNya.
3- Intipati Selawat- Memuliakan dan memuji siapa yang Allah swt sendiri kasihi dan puji agar mudah-mudahan diri kita juga diangkat menjadi seseorang yang Allah swt kasihi. Bayangkan satu kali berselawat ke atas junjungan Rasulullah saw, Allah swt pemilik sekalian alam dan para malaikat berselawat kembali kepada kita 10 kali ganda. Kemulian besar bagi mereka yang berselawat.
4- Intipati Sedekah- Ini membuka 1,000 pintu rezeki, rahmat, berkat dan Insya Allah makbul hajat kerana doa orang yang kita sedekahkan kepada mereka seperti orang miskin adalah makbul doa mereka.
5- Intipati Senyum- Kita expect setiap situasi kehidupan kita sedang berubah menjadi lebih baik lagi dan kita senyum kerana kita syukur dengan setiap apa yang kita ada serta apa yang kita bakal ada.
6- Intipati Suci - Banyakkan bertaubat dan mengamalkan zikir "La Ila Ha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin". Banyak kali diri kita terhijab oleh dosa kita yang lampau samada yang kita tahu atau tidak.
Bagusnya magnet kekayaan & kejayaan kita bukanlah terletak pada usaha luaran kita sahaja tetapi usaha kita memperbaiki dalaman diri kita serta perhubungan kita denganNya dan ibu bapa kita.
Istiqomah dan berdisiplin dengan setiap apa yang kita fikir, rasa, cakap , buat dan doa.
Pada saat kita menyoal,"Aku dah buat semua benda tetapi kenapa hidup aku tidak berubah?"..... Itulah saatnya kita telah mendahului Allah swt dengan menghukum atau mempersoalkanNya. Itulah saatnya sangkaan kita 'benar'- Allah swt itu seolah-olah menzalimi kita.
Apa yang kita patut buat?
Banyakkan mohon keampunanNya.
Senaraikan apa yang anda boleh buat untuk lebih dekatiNya
Faham bahawa DIA hanya berikan yang terbaik kepada kita kerana DIA Maha Baik & Maha Hikmah Bijaksana.
Sabar dan solat. Mungkin kita belum cukup konsisten dan expect doa kita makbul masa tu juga. Sabar dan Solat. Allah swt tahu apa yang terbaik dan waktu yang terbaik untuk kita. Tugas kita?
Buat 4 perkara ini secara luar biasa:-
Doa Luar Biasa
Usaha Luar Biasa
Ilmu Luar Biasa
Taqwa Luar Biasa
#AzizanOsman
0 comments:
Post a Comment