5 SKIM CEPAT KAYA SCAM !!!

PANDUAN KENALI SKIM PELABURAN PALSU ATAU SKIM CEPAT KAYA :

KLIK

1. Menawarkan pulangan tinggi tanpa sebarang risiko.Pulangan pelaburan skim pelaburan ponzi boleh mencecah 10% sebulan ataupun hingga 200% setahun. Pulangan tinggi skim cepat kaya adalah luar biasa tinggi melebihi Amanah Saham Bank Rakyat atau pasaran saham indeks bursa malaysia. Pulangan tinggi ini akan disertakan dengan perjanjian tanpa risiko yang menyakinkan pelabur melalui kenalan pelabur dan sebagainya. Pulangan besar juga hanya diperolehi dalam bentuk nombor atau mata wang tertentu yang susah, bersyarat atau tidak dapat di tukar kepada mata wang Malaysia.

 

2. Ditawarkan komisyen yang tinggi apabila membawa rakan atau ahli keluarga untuk melabur. Pemberian komisen adalah perkara biasa kepada agen, konsultan, perunding pelaburan, referral dan sebagainya tetapi skim pelaburan ponzi akan menjanjikan komisen atau insentif yang lebih tinggi. Setiap kemasukan orang baru akan diberikan intensif, bonus atau pairing kepada orang yang memperkenalkan orang baru tadi. Ia akan berlanjutan dan berantai dari satu peringkat ke satu peringkat atau dikenali sebagai skim piramid. Skim penipuan ponzi selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, wang yang diterima dari ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli sedia ada, apabila tiada ahli baru skim ponzi akan tutup atau sengaja di tutup oleh tuan punya skim tersebut setelah mencapai target kuntungan yang dikehendaki.

 

3. Menjanjikan pulangan tetap secara mingguan atau bulanan dalam tempoh tertentu. Pendapatan tetap ini diberi berdasarkan jumlah pelaburan, lagi besar modal yang dilaburkan, lagi besar pulangan tetap bulanan tetapi mesti kurang dari modal pelaburan. Pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tetap adalah riba dan skim cepat kaya. Ini kerana pelaburan di dalam Islam, tidak boleh dijamin keuntungannya. Samada, Mudharabah atau wakalah, mudharib dan wakil tak boleh memberi jaminan modal dan juga keuntungan. Maklumat lanjut Klik WAJIB BACA! PEKEJ SKIM PELABURAN EMAS ADALAH HARAM, RIBA DAN SKIM CEPAT
KAYA.

 

4. Pelaburan tanpa produk atau produk bernilai lebih atau terlalu murah. Dalam pelaburan emas fizikal, skim pelaburan emas palsu tidak memberikan produk emas semasa proses beli emas, hanya memberikan surat perjanjian atau kontrak pelaburan atau memberikan produk tetapi di pulangkan kepada syarikat untuk disimpan. Syarikat hanya memusing produk fizikal ini untuk ditunjukkan kepada pelabur lain pula.

Skim pelaburan ponzi juga menjual produk pada harga yang luarbiasa sama ada harga terlalu tinggi atau terlalu rendah. Contohnya, jongkong emas 100g di jual dengan harga terlalu rendah seperti RM8000, tapi mesti bayar dahulu dan jongkong emas tertangguh atau di beri kemudian. Kali pertama membeli emas, mungkin akan dapat emas anda tapi kali kedua...mungkin hanya dapat resit sahaja. Urusniaga yang luarbiasa seperti pembelian yang terlalu tinggi atau terlalu rendah atau urusniaga bersyarat, itu adalah ciri skim pelaburan tipu. Contoh pembelian emas bersyarat seperti pembelian emas dengan membayar sebahagian harga dengan syarat memajakkan emas itu di arrahnu dan wang pinjaman arrahnu di berikan kepada syarikat.

 

5. Menyakinkan pelabur dengan berlagak kaya, dokumen yang lengkap, di daftarkan antarabangsa dan syarikat yang berdaftar tetapi perniagaan mereka tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.Sudah menjadi suatu kelaziman dari dahulu, skim cepat kaya akan menarik pelabur melalui promosi lagak kaya dan menunjuk-nunjuk barangan mewah untuk menarik pelabur. Pelabur akan mudah terpedaya, terutama pelabur muda apabila di tunjukkan kejayaan mendapat barang mewah seperti kereta sport dan sebagainya dengan mudah. Agen skim cepat kaya biasanya akan mempromosikan pulangan lumayan yang mudah dan promosi secara rahsia atau tertutup.

 

Skim cepat kaya sememangnya akan memberi kekayaan kepada pencipta/owner skim dan agen yang terawal tetapi memberi kesengsaraan kepada pelabur di bawah. Oleh itu jangan mudah terpengaruh dengan janji manis, sekalipun ianya daripada sahabat atau
saudara mara. Mungkin mereka ikhlas untuk menawarkan kita peluang, tapi sebenarnya mungkin mereka sendiri tidak sedar diri mereka sudah tertipu atau mungkin terpengaruh dengan pulangan komisen atau insentif downline yang menarik. Jangan terburu-buru dengan ayat ‘peluang terbaik’, ‘tawaran terhad’ ‘anda bertuah’ dan sebagainya tetapi perlu fikir dahulu sebelum bertindak. Jika anda di beri tawaran yang luar biasa adalah lebih baik berfikir, berbincang dan menyemak syarikat tersebut di Bank Negara Malaysia sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Setelah mengtahui ciri-ciri skim cepat kaya, perkara seterusnya adalah menyemak sesuatu syarikat pelaburan sah atau tidak serta telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia. Sila klik SENARAI NAMA ENTITI DAN LAMAN SESAWANG YANG DI SENARAIKAN BERHATI-HATI ATAU TIDAK SAH BNM, iaitu senarai berhati-hati atau tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 2012, Public Gold juga telah tersenarai dalam senarai syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan ‘alert list’ BNM selama beberapa bulan kerana kesilapan kecil dalam perkhidmatan public gold yang memberi peluang gadaian emas kepada pelanggan public gold. Selepas itu pihak Public Gold terus menghentikan perkhidmatan gadaian kepada pelanggan dan telah membuka Arrahnu sendiri iaitu Koperasi Dagang Emas. Selepas Public Gold menghentikan perkhidmatan tersebut dan di selidiki oleh Bank Negara Malaysia, terbukti Public Gold menjalankan urusniaga jual beli emas yang sah, BNM telah keluarkan public gold dari senarai nama berhati-hati /alert list entiti yang tidak sah. Public Gold sememangnya syarikat pelaburan emas yang sah dan telah terbukti mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia(BNM).

KLIK

0 comments: