Tips Berjaya Dalam Perniagaan
Tips berjaya dalam perniagaan Perniagaan?
Orang Islam sebenarnya hebat dalam bidang pernigaan. Malah Rasullullah sendiri adalah usahawan. Rahsia kejayaan usahawan Islam sebenarnya berkait rapat dengan tatacara hidup kita sendiri sebagai seorang Muslim. Sedikit perkongsian tentang tips berjaya dalam perniagaan.
1. Mempunyai sikap yang bagus
~Rasulullah sendiri tidak pernah berdebat dengan pelanggan atau rakan niaga baginda, sentiasa senyum melayan pelanggan, tidak bersumpah palsu dan berlemah lembut dalam melayan pelanggan.
2. Sentiasa berfikiran positif walaupun orang lain negatif
~Berniaga sangat mencabar dan sentiasa ada yang cuba menjatuhkan baik secara fizikal mahupun mental. Kata-kata sumbang “Alaa kau mana boleh buat”, “Kau tak pernah berniaga boleh ke kau nak berniaga ni”, “Semua orang dah jual, kau nak jual benda yang sama, ada market ke?”. Jika negatif yang diambil maka negatif lah hasilnya.
3. Sentiasa yakin dengan kekuatan produk/perkhidmatan yang ditawarkan
~Bagaimana kita hendak yakinkan pelanggan untuk membeli jika kita sendiri tidak yakin dengan apa yang kita jual. Syarat utama untuk berjaya adalah kita sendiri mestilah pengguna produk/perkhidmatan yang kita tawarkan.
4. Berjiwa besar dan tebal muka
~Dalam berniaga sentiasa ada pelanggan yang menolak, pelanggan yang tidak berpuas hati dan sebagainya. Jadi jiwa mesti besar untuk terima penolakan. Dan muka mesti tebah untuk terus mendekati pelanggan.
5. Mempunyai mentor
~Jalan singkat untuk berjaya adalah dengan mempunyai mentor iaitu seseorang yang telah berjaya dalam bidang pernigaan yang anda ingin ceburi. Belajar dari mentor apa yang patut dan apa yang tidak patut dibuat. Tiada lagi Try And Error kerana anda sudah tahu jalan singkat.
6. Tidak cepat putus asa
~Kebanyakan orang terlalu cepat berputus asa sebelum Allah sempat membuka pintu rezekiNya. Baru diuji sikit dengan kelewatan rezeki dah putus asa cakap bukan rezeki dia dalam bisnes.
7. Menjaga sedekah dan zakat
~Zakat itu menyucikan harta dan sedek
ah itu pembuka pintu rezeki. Jagalah amalan zakat dan sedekah dan insyaAllah rezeki datang mencari
8. Sentiasa memperbaiki kesilapan diri
~Dalam berniaga kita tidak boleh lari dari kegagalan. Tapi gagal sekali adalah kerana tersilap langkah. Tapi gagal kali seterusnya adalah sebab kita tidak berusaha memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri kita.
Semoga tips ringkas ini membantu anda semua. Semua orang boleh berjaya dengan syarat yakin dengan rezeki Allah, yakin dengan diri, yakin dengan bidang yang dipilih dan berusaha tanpa jemu.
0 comments:
Post a Comment