kisah tidak bertajuk

meh mari baca ni..dapat ilmu lagi...prancgn Allah itu sempurna.

��  ..��  ..��  ..��  ..��  ..��  ..��  ..��  ..�� 
Seorang raja mempunyai. seorang hamba lelaki, pada semua keadaan, hamba tersebut selalu berkata,
"raja ku jangan berkecil hati dan kecewa kerana Allah itu baik dan apa yang Allah lakukan adalah sempurna, tiada kesilapan".
��  ..��  ..��   ��  ..��  ..�� 
Pada suatu hari, mereka pergi memburu dan haiwan buas telah menyerang raja, hamba raja itu��    berjaya membunuh haiwan itu tetapi tidak dapat menyelamatkan satu jari baginda.
��  ..��  ..��  ..�� 
Marah dan tanpa menunjukkan rasa terima kasih, Raja berkata; jika Tuhan adalah baik, saya tidak akan diserang dan hilang satu jari.
��  ..��  ..�� 
Hamba itu menjawab 'walaupun semua ini terjadi, saya hanya boleh berkata kepadamu: Allah adalah baik dan semua yang Dia lakukan adalah sempurna, Dia tidak pernah salah.
��  ..��  ..��  ..�� 
Marah dengan jawapan itu, raja memerintahkan supaya hamba itu dimasukan ke dalam penjara
��  ..��  ..��  ..�� 
Ketika dibawa ke penjara, katanya kepada raja lagi, Allah itu baik & sempurna
Beberapa hari kemudian, raja ditinggalkan sendirian untuk memburu dan telah ditangkap oleh orang asli yang menggunakan manusia untuk di korbankan
��  ..��  ..��  ..�� 
Saat raja itu mau dikorbankan, orang asli itu mendapati bahawa raja tidak mempunyai satu jari, dia dibebaskan kerana dia dianggap tidak "lengkap" untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka
��  ..��  ..�� 
Sekembalinya ke
istana, ia memerintahkan supaya hambanya dibebaskan dan berkata;
Kawan, Allah adalah benar-benar baik untuk saya. Saya hampir tewas tetapi kerana kekurangan satu jari. Saya dilepaskan.
��  ..��  ..�� 
Tetapi saya mempunyai satu soalan; Jika Tuhan begitu baik, mengapa Dia membenarkan saya untuk meletakkan anda di dalam penjara?
��  ..��  ..��  ..�� 
Hambanya menjawab; Raja, jika saya belum dimasukkan ke dalam penjara, saya akan pergi dengan anda, dan akan dikorbankan, kerana saya tidak mempunyai jari yang hilang.
��  ..��  ..�� 
Semua yang Allah izinkan terjadi adalah baik dan sempurna, Dia tidak pernah salah.
��  ..��  ..��  ..�� 
Sering kali kita mengeluh tentang hidup, dan pemikiran negatif dalam diri kita membunuh positif dalam diri kita... jadi berfikir positif dan percaya Allah pada setiap masa ....
��  ..��  ..��  ..
Allah mengetahui mengapa dia memilih anda untuk membaca mesej ini hari ini...Kerana Allah Itu Baik Dan Sempurna...
��  Allah itu baik dan sempurna !!
��  ..��   ��  ..��  ..
Bangun hari ini....

Anda bangun dari atas katil, walaupun tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.

Anda menghidupkan enjin kereta tapi tak boleh. Batteri kong! Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.

Susah nak kejutkan anak bangun tido. Hish budak ni, apa nak jadi. Tapi ada jiran saya beberapa bulan yang lalu, waktu nak kejut anak bangun tido, anaknya telah kembali bertemu pencipta.

Anda sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.

Anda rasa bosan dengan pasangan anda. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.

Anda rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan anda. Anda komplen. Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.

Anda rasa pakaian anda tak cukup? Ada orang hanya ada 3 helai baju aje.

Anda rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa2 kecuali sehelai kain kapan.

Anda rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Anda rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap anda. Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk di hidupkan semula .

Syukurlah walau apa jua keadaan anda masih mampu untuk berbuat kebaikan & sentisa berusaha menjadi golongan org yg beruntung...

0 comments: