Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :
1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan sahaja duit balance yang seringgit dua/sen itu sebagai tips kepada mereka yang serve kita. Tak luak pun duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun, kita tidak tahu doa yang mana akan makbul. Mereka yang berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang untuk buat macam itu.
3. Jika kita singgah solat kat mana-mana surau atau masjid, jangan lupa selepas solat seluk poket/kocek cari note wang kertas yang paling BESAR untuk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar seperti Tesco/Giant/Aeon Big, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sangat minta tawar-menawar sayur atau lauk mentah tu.
5. Time nak belikan mainan anak, bawa saje diaorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam-macam toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk pergi ke Toys r Us, RM10 buat bayar parking saje.
6. Bila naik teksi, genapkan sajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah (pemandu teksi mesti suka ni). Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi. Tak semua orang berpeluang naik teksi & jadi penumpang.
7. Adakala kita tengah queue beratur di kaunter bayaran mini market, jumpa budak-budak merengek nak beli makanan ringan, jajan or gula-gula, apa salahnya tolong ambilkan dan bayarkan. Buat dia orang tersenyum.
8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana hentian R&R, liarkan pandangan kita. Tengok-tengok lah orang sekeliling. Ada yang singgah dengan family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pun mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.
9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan, sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum untuk meja sebelah. tengok meja mana yang patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
10. Jika ada peluang pergi melawat orang sakit kat wad hospital, time nak belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan kesejahteraan mereka. Besar nilainya bagi orang yang tengah sakit dapat ingatan sebegitu. Orang kenamaan sahaja biasanya ada peluang buat camtu.
Kita tidak memerlukan masa dan saat yang sesuai untuk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu untuk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, InshaAllah kita akan menjadi seperti orang kaya dan tak usah khuatir kerana kita tidak akan menjadi seorang yang papa kedana kalau buat perkara-perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yang memberi, mana tahu esok lusa kita pula yang akan menerima?
SHARE untuk semua dengan harapan kita semua menjadi orang KAYA DUNIA & AKHIRAT..
0 comments:
Post a Comment