TN50 ialah (Transformasi Nasional 2050)
TN50, atau Transformasi Nasional 2050, merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.
Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019.
Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020.
TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50,
Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbicangan TN50’,
siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.
Peringkat persediaan 2017-2019 akan menyaksikan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pembangunan dokumen dasar TN50 seperti penglibatan dengan pihak yang berkepentingan dasar, pakar-pakar domain dan pemimpin dalam bidang-bidang tertentu.
TENTANG TN50
Sepanjang sejarah pembangunan negara, kita berpandukan cita-cita yang murni pada masa-masa yang penting. Bermula dengan era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), kita melangkah ke era Wawasan 2020 (1991-2020). Kini, kita perlu bersedia menghadapi tempoh 30 tahun akan datang.
Dunia akan jauh berbeza dari sekarang dalam tahun 2050 -
apakah yang akan membimbing kita?
Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.
Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.
Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.
0 comments:
Post a Comment