GEORGE TOWN: Dua lelaki mengalami simptom letih dan lemah yang teruk sehingga terpaksa dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, dipercayai selepas meminum sejenis kopi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Wan Mansor Hamzah berkata dua lelaki itu masih menerima rawatan di HPP dan dilapor berada dalam keadaan stabil.

"Mereka mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan HPP hari ini kerana mengalami beberapa simptom antaranya letih dan lemah yang teruk. Dua lelaki itu mendakwa gejala berkenaan berlaku selepas minum sejenis kopi.


"Pihak kami menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan dua lelaki itu serta sedang membuat beberapa ujian termasuk ujian darah ke atas mereka untuk mengenal pasti punca sebenar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan mendapatkan sampel kopi berkenaan untuk diuji bagi memastikan sama ada ia berpunca daripada minuman itu atau tidak.

Dr Wan Mansor berkata Jabatan Kesihatan Pulau Pinang akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas mendapat keputusan berhubung ujian terhadap mangsa dan sampel kopi berkenaan.


Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengalami simptom sama supaya mendapatkan rawatan segera di mana-mana klinik atau hospital berdekatan mereka.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini berkata pihaknya mengesan berita yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp berhubung beberapa pesakit yang mendapatkan rawatan di HPP selepas meminum sejenis kopi.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang membuat siasatan mendalam mengenai perkara itu dan akan memaklumkan kepada umum sebaik mendapat kepastian.

"Masyarakat dinasihat supaya menjaga kebersihan dan keselamatan makanan atau minuman serta segera mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan sekiranya mengalami apa-apa gejala penyakit," katanya.

-- BERNAMA



MUMBAI: Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas ditarik masuk ke dalam mesin Pengimejan Resonans Magent (MRI) di Hospital BYL Nair Chairatable, di sini pada Sabtu.

Mangsa, Rajesh Maru, 32 tahun, ketika itu sedang menemani seorang saudara lelakinya untuk menjalankan prosedur berkenaan dengan membantu membawa silinder oksigen ke bilik MRI, menurut laporan The Statesman.

Abang ipar mangsa, Harish Solanki berkata sebelum kejadian, seorang petugas wad di situ memaklumkan silinder oksigen itu boleh dibawa masuk.

Walau bagaimanapun, mesin MRI pada hakikatnya menggunakan kuasa magnet yang sangat tinggi bagi menghasilkan imej organ manusia.


Maka, sebarang objek logam akan mudah ditarik ke arah mesin dan ia sebenarnya tidak boleh dibawa masuk bilik tersebut.

“Apabila kami memaklumkan petugas wad itu bahawa bahan logam tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam bilik MRI dan dia sebaliknya menjawab tidak mengapa, sebab mereka lakukan setiap hari. Malah lelaki itu memaklumkan suis mesin MRI itu sudah ditutup. Doktor dan  juruteknik pula  tidak berkata apa-apa,” jelas Harish.

Saksi yang berada di tempat kejadian menceritakan mangsa telah ditarik masuk ke dalam mesin itu dengan kuasa tenaga yang sangat kuat.

“Sebaik sahaja Rajesh masuk bilik MRI dengan silinder itu, ternyata suis mesin itu terbuka. Rajesh tersangkut dan tangannya turut tersangkut. Badannya turut ditarik dan dia tidak boleh bercakap. Kematian Rajesh berpunca dari kecuaian kami,” jelas Harish seperti dilaporkan dalam NDTV.

Sewaktu tubuh Rajesh dikeluarkan dari mesin itu, berlaku pendarahan yang sangat banyak.

Mangsa dikejarkan ke wad kecemasan sebelum kira-kira 10 minit sebelum menghembuskan nafas akhir.

Pihak polis berkata, laporan awal menunjukkan mangsa mati akibat menghirup oksigen cecair yang bocor dari silinder itu.

Silinder tersebut turut bocor selepas terhentak dengan mesin itu.

Susulan insiden itu, kerajaan negeri Maharashtra mengumumkan pampasan sebanyak 500,000 rupees (RM39,845.80) kepada keluarga mangsa.



Manakala, pihak polis Mumbai turut menfailkan kes terhadap hospital milik Doktor Siddhant Shah, dua petugas wad, Vitthal Chavan dan Sunita Surve kerana mengakibatkan kematian akibat kecuaian.

“Kami sudah menahan seorang doktor dan beberapa staf junior dibawah seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kematian atas kecuaian,” kata jurucakap polis Mumbai, Deepak Deoraj kepada AFP pada Isnin.

Pengarah hospital, Ramesh Bharmal memberitahu AFP, bahawa siasatan akan dilanjutkan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian dan rakaman CCTV kejadian sudah diserahkan kepada pihak polis.




SEORANG remaja wanita di Brazil tekad untuk lelong ‘dara’ kerana keluarganya kini sedang berdepan dengan krisis kewangan yang kritikal.

Rosalie Pinho, 19 tahun, membuka harga 'dara' itu bermula £264,000 bersamaan hampir RM1.5 juta.

Menurut portal Metro.uk yang memetik Mail Online, Pinho berharap duit hasil lelongan itu akan dapat digunakan untuk membeli sebuah rumah untuk ibunya selain membayar yuran kolejnya.

Katanya, dia tidak pernah bercinta dengan sesiapa dan tidak pernah melakukan hubungan seks.

“Tidur dengan seseorang adalah sesuatu yang menakutkan bagi saya, tetapi lebih baik saya hilang ‘dara’ dengan cara ini dan tidak kecewa dengan sesiapa,” katanya.

Pinho mendapat inspirasi untuk menghasilkan laman webnya sendiri setelah melihat ramai wanita lain juga sanggup berbuat demikian.


Katanya sehingga kini ada pihak yang menawarkan harga setinggi £440,000 bersamaan RM2.4 juta dan berharap akan mendapat tawaran setinggi £750,000 bersamaan RM4 juta.

Selain itu, tiada sebarang syarat dikenakan kepada mereka yang ingin membida kecuali pembida perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.

Keluarganya juga tidak tahu mengenai hal ini dan Pinho berpendapat, apa yang difikirkan orang ramai adalah tidak penting.

"Ini tubuh badan saya, dan ini kehendak saya," tambahnya.




KUALA LUMPUR: Benarkah vape atau e-rokok boleh menyebabkan kanser dan penyakit jantung?

Menurut kajian sekumpulan pakar yang mengkaji kesan e-rokok terhadap tikus dan sel manusia, nikotin yang disedut daripada e-rokok boleh bertukar menjadi kimia yang boleh merosakkan DNA pada jantung, paru-paru, pundi kencing dan melambatkan mekanisme pembaikan genetik badan.

Moon-Shong Tang, profesor perubatan alam sekitar di Universiti New York (NYU) telah melakukan kajian dengan mendedahkan tikus berkenaan kepada wap e-rokok selama tiga jam sehari, lima hari seminggu selama tiga bulan.

Selepas tiga bulan, Tang mendapati terdapat kerosakan DNA pada hati, paru-paru dan pundi kencing tikus berkenaan selepas terdedah kepada wap daripada e-rokok.


Tang juga mendapati sel pada paru-paru dan pundi kencing manusia yang terdedah kepada nikotin akan mudah pecah, seterusnya menyebabkan tumor.

Namun begitu, terdapat beberapa penyelidik yang membuat kritikan dengan menganggap kajian tersebut tidak relevan terhadap manusia.

"Kajian ini tidak menunjukkan apa-apa berkenaan bahayanya perbuatan vaping. Ia langsung tidak menunjukkan vaping boleh menyebabkan kanser," kata Peter Hajek, pengarah Unit Penyelidikan Tembakau  di Universiti Queen Mary, London.

Asap tembakau mempunyai beratus-ratus bahan kimia dan hanya 70 yang diketahui boleh menyebabkan kanser kepada seseorang manakala wap daripada e-rokok mengandungi jumlah bahan kimia yang jauh lebih sedikit.


Menurut Jasmine Just daripada Kajian Kanser United Kingdom, "Bukti yang diperoleh setakat ini menunjukkan e-rokok adalah kurang berbahaya daripada rokok."

"Walaupun kajian kesan vaping dilakukan pada seekor tikus, namun kesan yang sama mungkin boleh terjadi kepada manusia," tegasnya lagi.





GARUT: Seorang lelaki nekad membunuh seorang jirannya yang sedang hamil, gara-gara terlalu kerap ditanya tentang dirinya yang masih membujang, lapor portal berita Detik.com.

Pemuda berusia 28 tahun yang hanya dikenali dengan nama Nunur itu membunuh wanita bernama Iis Aisyah pada Jumaat (19 Januari 2018) lalu di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Singajaya, Garut di Jawa Barat.

Pesuruhjaya Polis Garut, Budi Satria Wiguna berkata, sewaktu kejadian, Nunur sedang duduk termenung di depan rumahnya. lis yang melintas di depannya terus menasihatkan Nunur supaya cepat berkahwin.

“Suspek menyatakan bahawa wanita itu berkata ‘cepatlah kahwin, yang lain semua sudah menikah, kenapa kau tak kahwin-kahwin?’. Ternyata kata-kata itu menyinggung emosi suspek,” kata Budi Satria seperti yang dipetik dalam media tempatan.

Lantaran rasa dirinya terhina, Nunur datang ke rumah mangsa. Nunur lantas dipelawa masuk ke ruang tamu kerana mangsa tidak menyangka sebarang ancaman daripadanya.

Menurut polis, sewaktu mangsa hendak menuju ke salah satu bilik di rumah itu, Nunur mengekori dari belakang lalu menolaknya ke atas katil.

Walaupun cuba melawan dengan menggigit jari suspek, itu tidak berupaya melawan tenaga dan kemarahan suspek. Di situ, mangsa telah dicekik hingga mati.

“Suspek sempat mencuri wang mangsa berjumlah 800,000 Rupiah (RM230) dan sebuah telefon bimbit,” ujar Budi Satria.

Suspek seterusnya melarikan diri ke Kalideres, Jakarta namun pihak berkuasa berjaya mengesannya lalu ditangkap.

Polis turut menyita beberapa barang bukti lain seperti motosikal, bantal, selipar, baju kemeja dan kain.

KUCHING: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengutip bola golf di Samarahan Golf and Country Club di sini menemui ajal dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Joseph Meringgai Edward Ampan, 47, ditemui dalam keadaan terbaring sambil memegang jaring bola, oleh seorang rakan sekerjanya.


Sepasukan petugas perubatan daripada Institut Jantung Negara (IJN) yang berdekatan bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Isteri mangsa, Lina Reji, 39, berkata suaminya memang mempunyai masalah jantung dan mengadu sakit di bahagian dada sebelum keluar bekerja pada pukul 8 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata tiada unsur jenayah atau kecederaan dikesan pada badan mangsa.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

sumber -- BERNAMA

Teknik Dalaman Bagaimana


Menarik Ribuan Prospek & Pelanggan 


Melalui Pancaran Aura Positif Diri




80% dari perniagaan baru tidak mampu bertahan lama. Banyak strategi pemasaran yang digunakan tidak menghasilkan keputusan yang baik. Jika anda tidak mahu ianya berlaku ke atas perniagaan anda maka saya sarankan anda teruskan membaca…

Khusus buat anda yang menjalankan perniagaan secara sambilan mahupun sepenuh masa… 




Untuk Membaca Info Di Bawah

Magnet Wang


Sains Menjadi Kaya


5 Formula Kejayaan Bisnes


13 Aset Untuk Meningkatkan Kekayaan



Isi Nama Penuh & Alamat Email 


Full name

E-mail address