TIPS‐TIPS MEMBUAT IKLAN FB ADS
TIPS #8 : JUAL MANFAAT, BUKANNYA PRODUK
Anda kena tahu, orang membeli disebabkan MANFAAT
yang bakal mereka perolehi dari produk yang dibeli.
Orang membeli steam iron kerana dapat bantu mereka
menggosok baju dengan cepat, mudah dan selamat di pagi hari.
Orang membeli produk pemutih wajah kerana mereka ingin
kelihatan cerah, cantik dan menawan.
Kaum Adam membeli produk ‘ubat kuat’ kerana mereka ingin
nampak hebat di depan isteri mereka.
Wanita Melayu membeli baju kurung di FB kerana mereka
ingin kelihatan cantik, menawan lagi tertawan.
Beli aircond, bukan sebab aircond tu cantik, canggih,
tapi aircond tu boleh memberi kesejukan pada kita, tak panas!
Orang beli cermin mata anti silau sebab ianya dapat kurangkan silau.
Orang beli Burger Bakar sebab ianya nampak sedap, lazat berkrim.
Anda pula bagaimana?Apa manfaat produk anda?
0 comments:
Post a Comment