TIPS‐TIPS MEMBUAT IKLAN FB ADS

TIPS #9 : SUKA, KENAL, PERCAYA

Di Facebook, anda juga perlu gunakan konsep ini.

Pertama, buatkan audiens suka dengan page anda.
Bagaimana nak buat orang sukakan page anda?

Anda boleh gunakan gambar yang menarik,
yang lain dari lain, atau gunakan ayat‐ayat yang memikat.

Ini mampu buatkan audiens sukakan page anda!
Seterusnya, kenalkan diri anda kepada mereka.

Tunjukkan siapakah anda di sebalik fanpage anda.
Anda boleh tunjukkan diri anda, ataupun syarikat anda.

Letakkan nama, alamat, website dan sebagainya yang
mampu membantu buatkan orang mengenali anda.

Dan seterusnya buatkan mereka percaya dengan anda,
dan juga produk yang dijual.

Bagaimana?

Anda boleh gunakan testimonial,
tunjukkan pengiktirafan terhadap produk anda,
mahupun endorsement dari mereka yang berpengaruh.

Belum pernah cuba ? Cer cuba...

0 comments: