PETUA TERCEKIK TULANG

Salam sejahtera semua


Baru-baru ini saya baru balik dari Kuantan, Pahang dan berbekalkan ikan patin masak tempoyak dibungkus dengan daun pisang. keesokan harinya selepas pulang dari kerja tanpa bual bicara dengan rakus mentelaah ikan patin tersebut yang baru dihangatkan semula. tiba-tiba
"ERKK !!!!"
tulang ikan melekat kt kerongkong...

jadi jom kita tengok apa nak buat kalau tekak korang disinggahi tulang ikan ni

* Petua2 ni aku himpunkan dari pelbagai sumber termasuk dari pesanan orang2 lama.


  • Sapu minyak kelapa pada lubang dubur.


  • Minum sesudu cuka kemudian ambil nasi kepal dan telan tanpa kunyah.


  • Kepal nasi dan telan tanpa kunyah.


  • Ambil segelas air kosong dan bacakan 3 Qul lalu hembus ke air.  Minum , sebaiknya sekali nafas jika mampu.  Aku tak mampu la...


  • Celup  jari ke dalam madu (1 jari jadi adalah memadai), selawat 3 kali dan hisap jari tersebut.


  • Telan pisang (agak2 la ye bukan sebiji terus), jangan kunyah.


  • Cari kucing dan garukan kaki kucing pada leher yg tercekik tulang (AWAS:  ni tak berapa nak rekmen la...haha).


  • Tarik telinga kiri dan telinga kanan.  Awas jangan sampai tanggal lak telinga tu.


  • Pusingkan pinggan 3 kali sambil berselawat.


  • Minum air dalam tudung periuk.


  • Baca do'a Nabi Yunus ketika nabi ditelan ikan paus (doa dilanda kesukaran/kesusahan) 
kredit to sumber

0 comments: