5 punca hidung berdarah


Secara umumnya ada 5 punca hidung berdarah yang disebabkan oleh pelbagai punca.


  • Pencemaran. Udara yang kotor dan tercemar akan menganggu selaput lendir pada hidung. Akibatnya, hidung mengeluarkan darah. Keadaan tempat yang penuh dengan asap rokok, asap kenderaan boleh juga menjadi puncanya, jadi elakannya

  • Sentuhan pada hidung atau mengorek dalamnya terlalu kuat juga boleh mencederakan dinding selaput lendir. Darah akan keluar menyusuri lubang hidung.

  • Udara terlalu sejuk atau panas. Keadaan udara yang terlampau boleh mencetuskan hidung berdarah. Tubuh tidak mampu menyesuaikan diri dengan suhu yang naik atau turun mendadak.

  • Penggunaan ubat. Ubat jenis steoroid yang kerap diambil untuk melegakan hidung tersumbat mungkin boleh menimbulkan pendarahan hidung ini. Jadi orang yang tidak sesuai dengan ubat tertentu juga boleh mengalami hal yang sama.

  • Jangkitan. Jangkitan yang boleh mencetuskan hidung berdarah adalah vestibulitas, iaitu terdapat keradangan di kawasan rongga hidung sebelah depan. Selain itu, penyakit sinusitis atau resdung dan jangkitan sistemik kerana demam juga menjadi punca hidung berdarah.


Sumber: laman bidanku

Tambahan:

Jika terjadi sebegini biasanya basuh kepala untuk meradakan kepanasan. Baring sambil mendongakan kepala. Cara tradisional menyumbat daun sirih ke hidung untuk memberhentikan pendarahan tersebut.

0 comments: