GAJI DAH MASUK ?

Bila dah terima gaji, bagaimana
cara nak rasa duit gaji tu sentiasa
cukup je walaupun sedikit?
....
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul
Latif:
1.Bila hari terima gaji, jangan
dilupa ibu dan ayah. Perkara
pertama buat, transfer utk mereka
dahulu. Banyak atau sedikit, itu
tidak penting. Walau mereka
berdua mungkin sudah
berpendapatan, tetapi berikan
kepada mereka sebagai hadiah.
Percayalah, duit gaji kita akan
cukup!
2.Jangan dilupa "Tabung Haji",
memotong melalui potongan gaji
lebih baik. Anda tahu, bila kita
sudah mendaftar haji, ia
bermakna "Nawaitu" itu telah
ada!
....
3.Sebagai seorang ayah, ingat
kembali urusan anak. Aqiqahkan
mereka dahulu, sebelum anda
membeli TV LED baru, sebelum
menukar sport rim baru!
....
4.Sebagai seorang isteri yang
bekerja, bantulah suami! Tidak
salah jika isteri berkata "Duit I,
Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi,
redha itu lebih penting. Suami
pula jangan ambik kesempatan
atas kebaikan isteri!
5.Sebagai isteri yang tidak
bekerja, redha dengan apa yang
ada. Jangan merungut! Tiada
suami yang mahukan kekurangan
dalam keluarga.
6.Lihat ahli keluarga yang
terdekat, siapa yang perlu
dibantu dahulu sblm bsdkah atau
nk bntu Orang susah, anak yatim?
Rezeki kita akan sentiasa cukup
jika mendahulukan orang yang
dekat! Kerana sabit dlm hadis
Rasul saw
7.Jangan kedekut tetapi jangan
pula terlalu boros! Memberi
makan merupakan sedekah yang
sangat mudah. Sekali sekala, apa
salahnya belanja kawan2 &
saudara-mara...
*Marilah kita banyakkan
berselawat ke atas Rasulullah
SAW, nabi yg kita rindui...
.. ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ ﻭ ﻋﻠﻰ ﺍﻝ
ﻣﺤﻤﺪ .. ...
Jenaka Ustaz Azhar .....
Kadang-kadang Allah hantar
seekor kucing untuk menjadi guru
dan menguji kita supaya kita
muhasabah.
Jika seekor kucing datang
meminta makanan, tapi kita halau
dia, itu tanda kita kedekut dengan
rezki yang
Allah beri pada kita. Padahal
kucing tu minta sedikit sahaja
dari sisa makanan kita. Kita ada
duit beribu-ribu, apa ruginya beli
sebungkus nasi beri pada kucing.
Kadang-kadang kucingbawa lari
seekor ikan kembong yang kita
beli di pasar. Anggaplah itu rezeki
untuk kucing tu. Tak payahlah
kejar kucing tu keliling kampung!
Dia bukan ambil semua, seekor
saja. Lainlah kalau kucing tu bawa
lari peti sejuk, boleh la kejar
sebab mahal.Kita cita-cita nak
syurga firdaus, tapi kita kedekut
pahit.
Muhasabahlah diri kita.Jika nak
jadi cepat kaya, murah
rezeki,panjang umur, dan terang
dalam kubur nanti, selalulah kita
beri makan pada binatang. Setiap
makanan kita beri makan
binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)
Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang
menyampaikan 1 (satu) ilmu saja
dan ada orang yang
mengamalkannya, maka walaupun
yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan
tetap memperoleh pahala."(HR.
Al- Bukhari)
ㅤ ㅤ ㅤ
ㅤ Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah'
ㅤ Allahuakbar
ㅤ ㅤ ㅤ
KLIK

0 comments: