RAHSIA MINDA JUTAWAN BONGKAR

RAHSIA MINDA JUTAWAN��������

Cuba anda perhatikan kajian statistik yang dikeluarkan oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare.(Hampir sama dengan Malaysia)
Pada umur 65 tahun:
- 1 jadi jutawan
- 4 hidup senang
- 5 masih bekerja sebab terpaksa
- 54 hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan
- 36 mati

Adus....
Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada 100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan?
Ianya bergantung kepada MINDA seorang dan disini saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan orang susah:

#1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya" Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"

#2: Orang kaya berbisnes untuk menang. Orang susah berbisnes supaya tak rugi.

#3: Orang kaya komited untuk jadi kaya. Orang susah hanya nak kaya.

#4: Orang kaya berfikiran luas & jauh. Orang susah berfikiran sempit.

#5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang. Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.

#6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya. Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.

#7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya. Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.

#8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes. Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

#9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah. Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.

#10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru. Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.

#11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil. Orang susah memilih dibayar melalui masa.

#12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya. Orang susah kerja kuat untuk cari duit.

#13: orang kaya bertindak walaupun takut. Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

#14: Orang kaya pandai uruskan kewangan. Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.

Wow.. banyaknya nak ingat! Ya, saya sendiri masih belajar dan akan terus belajar untuk mencapai taraf minda jutawan, saya berharap anda juga berfikiran terbuka untuk buat perkara yang sama dan cuba fahamkan 14 konsep minda jutawan.
Ingat, "think rich to get rich!"

Post a Comment