salam dan selamat sejahtera semua. sempat lagi saya nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya yang tak lama lagi akan menjelang. puasa merupakan rukun ketiga dalam rukun islam. malah ia telah disyariatkan menerusi Firman Allah S.W.T :
maksudnya :-
"wahai orang-oran yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-oran yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa".
(al-Baqarah :183)
Syarak mengharuskan pesakit-pesakit meninggalkan puasa sekiranya ia tidak mampu melakukannya. ia wajib menggantikannya (qadha') berdasarkan firman Allah S.W.T :-
maksudnya :-
"(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa diantara kamu yang sakit, atau dalam musafir,(bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa ( keran tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui"
(al-Baqarah : 184)
0 comments:
Post a Comment