TAKUT JARUM

TAKUT JARUM

Dalam istilah perubatan, ketakutan pada jarum dinamakan sebagai trypanophobia, iaitu ketakutan yang melampau terhadap prosedur perubatan yang menggunakan jarum.

Ini termasuklah semua bentuk suntikan memasukkan ubat, pengambilan darah ataupun apa sahaja yang melibatkan penggunaan jarum.

Fobia ini melibatkan lebih kurang 10% orang ramai. Mereka ini akan mengelak dari jika disruh ke hospital dan lebih rela mati daripada membenarkan diri mereka dilakukan apa-apa prosedur yang melibatkan jarum.

Ketakutan ini boleh menyebabkan kematian.

Tidak banyak catatan dalam jurnal perubatan mengenai ketakutan pada jarum ini. Hanya satu catatan komprehensif yang dijumpai iaitu:

"Needle Phobia: A Neglected Diagnosis" oleh Dr James G. Hamilton, M.D. terbitan 1995 dalam The Journal of Family Practice. [Vol. 41, No.2, pp. 169-175]

Dalam penulisan ini, menerangkan bagaimana ketakutan pada jarum memberikan kesan terhadap rawatan pada pesakit.

Mereka benar-benar ketakutan bila melihat jarum.

Oleh itu doktor dan jururawat haruslah memandang  masalah ini sebagai masalah yang serius.

Pesakit bukannya mengada-ngada.

Pesakit mungkin boleh pengsan apabila ditunjukkan jarum!

Kelakar, bukan?

Tidak, ia adalah keadaan ketakutan yang sebenar, bukannya dibuat-buat.

Ia tidak harus dijadikan bahan ketawa

Pesakit yang mengalami ketakutan pada jarum harus dibezakan sama ada beliau betnar-benar takutkan jarum,

atau beliau sebenarnya takut pada kesakitan prosedur yang melibatkan jarum seperti menyuntik ubat dan mengambil darah.

Ketakutan yang benar-benar pada jarum inilah yang dikenali sebagai trypanophobia.

Ramai yang tertanya-tanya apa puncanya seseorang boleh takut pada jarum yang halus ini?

Menurut Dr. James G. Hamilton, pada zaman kehidupan manusia belum bertamadun, manusia takut terhadap gigitan binatang buas atau berbisa.

Mereka membayangkan taring binatang buas yang tajam menggigit kulit tubuh.

Kemudiannya ketakutan ini berevolusi kepada ketakutan pada kecederaan tikaman pisau dan pedang dan akhirnya berevolusi menjadi ketakutan pada jarum.

Ketakutan ini melibatkan baka keturunan (genetik).

Jika ada di antara ahli keluarga yang takutkan jarum, ini bermakna ahli keluarga lain juga mempunyai kebarangkalian untuk takut pada jarum.

Cuma mungkin ahli keluarga yang lain tidak mempunyai tahap ketakutan yang serius.

http://www.youtube.com/watch?v=EYJYkX_yfFA&feature=related

0 comments: