MILK GREEN TEA THAILAND
Emm sedapnya green tea ais ni.
bukan saja sedap tapi berkhasiat pulak tu..
boleh kurangkan berat badan,
melancarkan pembuangan toksin dan kaya dgn antioksidan..
buat sendiri kat rumah lagi jimat,
boleh letak ais byk2...
Cara penyediaan:
Masukkan sesudu serbuk green tea dlm gelas dan cmpurkan susu pekat..
then masukkan sedikit susu cair.nk lg ummph masukkan secubit garam .confirm sangat2 sedap..
boleh buat green tea tarik @ green tea ais..letak ais byk2.
Antara Khasiat Lain Teh Hijau:
Lindungi kulit Teh hijau banyak digunakan dalam pelembab kulit sebab dapat membantu
mengekalkan fungsi saluran darah yang kembang & kecut pada kadar yang betul.
Rawatan kulit Baik utk kulit luka, kena gigit serangga, melecet, mata bengkak,
bekas melecur, korang try tekapkan bag teh tu kat bahagian kulit yang berkenaan.
Teh hijau ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh hilangkan rasa gatal.
Pelindung memori Teh hijau dapat menolong mengekalkan kecergasan memori & fungsi otak.
Sebab?
Sebabnya, kadar antioksidan yang ada dalamnya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf otak.
Menurunkan berat badan Ni sebabnya kenapa ramai orang amalkan teh hijau.
Teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.
Satu penyelidikan yang di buat menunjukkan ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.
Menurunkan aras kolesterol.
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
Merawat batuk Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri).
Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf .
Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya.
Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.
Mencegah penyakit gigi Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal
dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi.
Masalah bau mulut pun dapat diatasi.
Mencegah keracunan makanan Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria,
meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria
kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli.
Kalau korang cirit-birit kan,
minum teh hijau pekat. :)
Menurunkan tekanan darah Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa
penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.
Membantu mengawal paras gula darah Menguatkan sistem imun.
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi
boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
Pencegah kanser Menurut satu kajian,
kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser.
Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol.
Polifenol tu apa?
Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat
yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.
0 comments:
Post a Comment