Contoh Penyakit Mata

Ramai antara kita faham tentang kepentingan mata, cuma pengetahuan tentang mata mungkin ada sesetengah memang dah tahu dan mungkin sesetengah lagi kurang pasti.jadi kat sini ada info sikit...tq :D


1. Katarak 
2. Glaukoma 
3. Diabetik Retinopati 
4. Kecederaan Mata 
5. Amblyopia (Mata malas) 
6. Ralat Refraktif

KATARAK
Apa itu katarak?
Katarak adalah sejenis penyakit mata dimana kanta mata yang biasanya jernih menjadi legap / selaput putih. Ia merupakan punca kebutaan yang utama di Malaysia dan juga di seluruh dunia.
Apakah puncanya?
Kongenital (semasa di dalam kandungan)
Penuaan (ageing)
Kecederaan mata
Diabetes
Jangkitan mata
Radang mata
Pengambilan ubat steroid
Gejala
Kurang penglihatan secara beransur-ansur
Silau
Anak mata kelihatan putih
Tanda-tanda
Kurang tahap penglihatan (kabur mata)
Hilang refleks merah
Kanta kelihatan putih
Apakah Rawatannya?
Kebutaan akibat Katarak boleh dipulihkan sepenuhnya dengan melakukan PEMBEDAHAN - iaitu kanta yang legap dikeluarkan dan diganti dengan kanta intraokular (kanta palsu).
Apakah akan terjadi jika tidak dibedah?
Bagi orang dewasa - ia akan menyebabkan kebutaan dan penyakit Glaukoma.
Bagi kanak-kanak - jika lambat dibedah, ia akan menyebabkan mata malas.
Siapakah golongan berisiko?
Pesakit Diabetes yang tidak mengawal penyakitnya.
Orang dewasa berumor melebihi 60 tahun
Kanak-kanak / bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti penyakit seperti Rubella.


2.GLAUKOMA

Pencuri Senyap Penglihatan

Apa Itu Glaukoma ?
Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang boleh mengakibatkan hilang penglihatan tanpa disedari. Sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal, kehilangan penglihatan / kebutaan kekal dapat dielakkan.
Glaukoma boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau pada kedua-dua belah mata.
Terdapat banyak jenis Glaukoma. Namun kebiasaannya, Glaukoma yang sering dihidapi pesakit adalah 'Glaukoma Sudut Terbuka'. Glaukoma jenis ini biasanya berlaku tanpa disedari oleh pesakit.
Bagaimana ia terjadi ?
Dalam mata yang sihat, terdapat cecair aques humour yang berkitaran menerusi bahagian depan mata dan keluar melalui salur 'Canal of Schlem'.
Dalam Glaukoma, sistem pengaliran tersebut telah tersumbat sedangkan cecair aques humour tetap dihasilkan dan dirembeskan ke bahagian depan mata. Ini menyebabkan tekanan dalam mata menjadi tinggi.
Apabila tekanan meningkat lebih dari paras biasa, ia akan menyebabkan kerosakkan pada saraf optik iaitu saraf yang menyambungkan mata ke otak. Kesannya ialah medan penglihatan akan terjejas sedikit demi sedikit dari bahagian sisi sehingga pesakit menjadi buta.

 medan penglihatan normal

 medan penglihatan berkurangan

 medan penglihatan kecil & kabur

Siapakah sasaran Glaukoma ?
Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma.
Umor 40 tahun ke atas
Penghidap Diabetes dan Darah Tinggi
Pengambilan ubat Steroid
Apa Itu Glaukoma Kronik ?
Tanda-tanda :
Medan / ruang penglihatan menjadi sempit secara perlahan-lahan
Sakit kepala atau rasa senak pada mata
Buta tanpa sebarang tanda awal
Apa Itu Glaukoma Akut ?
Tanda-tanda :
Sakit mata secara tiba-tiba
Mata merah
Kabur penglihatan
Sakit kepala
Loya dan muntah-muntah
Apakah rawatannya ?
Ubat titis mata
Ubat Pil
Pancaran laser
Pembedahan
Apakah tindakan anda?
Dapatkan pemeriksaan Pakar Oftalmologi jika anda :
Mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma
Berumor lebih dari 40 tahun
Mempunyai tanda-tanda Glaukoma
Menghidap Diabetes / Darah Tinggi

3.DIABETIK RETINOPATI

Diabetes dan mata anda

Bagaimana Diabetes / kencing manis merosakkan organ ?
Diabetes merosakkan salur darah yang bersaiz besar dan kecil.
Organ-organ yang boleh dirosakkan oleh Diabetes:

  • Buah pinggang / ginjal
  • Mata
  • Jantung
  • Saraf termasuk otak

Apa itu Diabetik retinopati ?
Kerosakkan dalam mata disebabkan Diabetes yang boleh mengakibatkan buta yang kekal.
Apakah faktor penyebab Diabetik retinopati ?
Tempoh kencing manis melebehi 10 tahun.
Kawalan Diabetes yang tidak memuaskan.
Kekurangan darah merah (anaemia).
Merokok
Bagaimana Diabetik retinopati yang tidak dirawat menyebabkan kebutaan kekal?
 Diabetik retinopati teruk dengan pendarahan
 Lekang retina
 Pendarahan vitreous
 Bengkak retina kronik
Apakah rawatan Diabetik retinopati ?
Laser
Laser akan mengurangkan bengkak dan mengecutkan salur darah yang tidak diigini.
Laser tidak menyakitkan dan dilakukan secara pesakit luar / harian.
Laser bertujuan untuk mengekalkan penglihatan sediada bukan untuk meningkatkan daya penglihatan.
Pembedahan - dilakukan apabila perlu sahaja
Apa yang perlu anda lakukan ?
Kawal penyakit Diabetes
Kawal penyakit darah tinggi
Berhenti merokok

4.KECEDERAAN MATA

Kecederaan mata semakin kerap berlaku terutama di kalangan kanak-kanak, remaja lelaki dan pekerja-pekerja industri. Ia membawa risiko hilang penglihatan yang teruk atau boleh menjadi buta, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kecederaan yang menusuk mata dan kemasukkan bendasing ke dalam bebola mata.
Apakah jenis kecederaan?
Kemalangan - traumatik :
1. terbakar oleh bahan kimia, radiasi dan termal
2. kecederaan oleh benda tumpul
3. kecederaan oleh benda menusuk
Bukan kemalangan - penderaan
Apa yang mesti anda lakukan?
Langkah Pertama :

Terbakar :
Alirkan air sebanyak yang boleh ke atas tempat atau ke dalam mata yang terkena bahan bakar (termasuk asid / alkali)
Cuci kelopak mata
Buangkan bendasing dari mata
Kecederaan oleh benda tumpul :
Tutup mata dengan penampal lembut
Jangan makan / minum
Kecederaan oleh benda menusuk :
Jangan cabut benda yang menusuk mata
Tutup mata dengan penampal lembut
Jangan makan / minum
Jika dikhuatiri bola mata pecah, tutup mata dengan pelindung mata (eye shield) dan elak sebarang tekanan ke atas mata

Langkah Kedua :
SEGERA berjumpa Pakar Oftalmologi
PERINGATAN !!!
ANDA MESTI BERJUMPA PAKAR OFTALMOLOGI JIKA :
cedera pada kelopak mata
muka dan mata terbakar / tersimbah bahan kimia
termasuk bendasing ketika menukul atau memotong rumput
luka pada mata
bila tahap penglihatan menurun berbanding sebelum kecederaan

4.AMBLYOPIA (MATA MALAS)
Apakah itu amblyopia (mata malas)?
Amblyopia atau mata malas merupakan keadaan kurang tahap penglihatan satu-satu mata akibat mata tersebut kurang digunakan sejak kecil lagi. Ia berpunca dari gangguan pada perkembangan sistem penglihatan semasa kecil.
Apakah gangguan yang boleh mengakibatkan amblyopia?
Mata juling
Rabun mata (seperti rabun jauh, rabun dekat atau astigmatisma) yang tidak diperbetulkan terutama rabun mata berkuasa tinggi atau perbezaan besar kuasa rabun mata diantara kedua-dua belah mata
Faktor-faktor lain yang menghalang penglihatan seperti :
Ptosis (kelopak mata jatuh / kuyu) - di mata kiri
katarak - di mata kanan
Bagaimana diketahui seseorang kanak-kanak menghidapi amblyopia?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap amblyopia tidak mempunyai sebarang tanda dan kanak-kanak ini tidak merungut kerana disangka semua orang berpenglihatan sepertinya. Oleh itu adalah penting bagi kanak-kanak menjalani pemeriksaan mata secara berkala sebelum alam persekolahan.
Walaubagaimanapun, ibubapa harus mengesyaki bahawa anak anda berkemungkinan mengalami amblyopia sekiranya dia mempunyai tanda-tanda seperti berikut :
Kepalanya senget
Mata beralih dari tengah bila letih atau berada dalam cahaya terang
Menutup sebelah mata apabila terdedah kepada cahaya matahari
Sering menggosok mata
Sering mengelipkan mata
Lebih gemar menggunakan satu mata untuk melihat
Bolehkah kurang penglihatan akibat amblyopia diperbetulkan?
Ya, sekiranya ia dikesan dan dirawat awal (sebaik-baiknya sebelum mencapai usia 6 tahun)
Malangnya kebanyakan kanak-kanak yang menghidap amblyopia tidak dikesan awal dan ini menyebabkan kecacatan penglihatan yang berkekalan.
Apakah yang akan terjadi jika tidak mendapat rawatan awal?
Jika rawatan awal tidak diberikan, mata tersebut tidak akan berkembang untuk mencapai tahap penglihatan normal dan berkemungkinan menjadi buta.
Apakah rawatan bagi amblyopia?
Rawatan amblyopia hanya berkesan jika dilaksana pada peringkat kanak-kanak. Sebahagian rawatan boleh dijalankan oleh ibubapa setelah mendapat latihan daripada Pakar Oftalmologi atau Pegawai Optometri. Rawatan merangkumi salah satu atau gabungan beberapa kaedah seperti berikut :

Merawat penyakit mata sediada seperti pembedahan untuk katarak.
Merawat rabun mata dengan cermin mata atau kanta sentuh.
Menutup mata yang baik penglihatannya untuk merangsang mata yang malas.
Menggunakan ubat titis
Menjalankan latihan / senaman mata
Cadangan
Bagi mengelak kurang tahap penglihatan akibat dari amblyopia,

Semua bayi yang baru lahir perlu mendapat pemeriksaan mata.
Bayi yang dibawa melawat klinik kesihatan perlu mendapat pemeriksaan mata
Semua kanak-kanak tadika dan pra sekolah perlu menjalani ujian tahap penglihatan sekurang-kurangnya setahun sekali
Sekiranya tanda-tanda luar biasa dikesan, kanak-kanak tersebut perlu mendapat pemeriksaan Pakar Oftalmologi dengan segera
PERINGATAN !!!
Pengesanan awal amblyopia membolehkan rawatan awal diberi untuk mencapai kejayaan rawatan yang lebih baik. Pengesanan lewat boleh mengakibatkan kecacatan penglihatan yang kekal sepanjang hayat.

6.RALAT REFRAKTIF tidak dijumpai yang khusus. tapi kalau tak silap saya ia berkaitan dengan topik LASIK iaitu cara rawatan untuk pemulihan penyakit ralat ini. maafkan saya

sumber : Hospital Sultanah Nur Zahirah


Post a Comment