Lastik
Lastik adalah sejenis alat untuk memburu burung dan alat untuk pertahankan diri. Kelebihan alat ini iaitu tidak mencemarkan alam sekitar kerana ia menggunakan bahan semulajadi dari hutan dan bahan terbuang. Kebanyakan alat ini dijadikan sebagai alat mainan oleh kanak-kanak atau remaja kampung untuk melastik burung dan buah-buahan.
Bahan utama dalam proses pembuatan lastik adalah cabang ranting anak kayu yang berbentuk 'Y', getah lastik, kulit sebagai tempat meletakkan batu peluru dan getah bulat/gelang sebagai getah pengikat. Biasanya tiub basikal yang sudah tidak digunakan digunting untuk dijadikan laras lastik.
Cara membuat lastik:
a) Mencari cabang ranting anak kayu yang berbentuk "Y"
b)Pada pangkal atau pemegang lastik dibalut dengan getah tiub tayar basikal supaya ianya kelihatan seperti bahagian pemegang raket badminton.
c)Tiub tayar basikal akan digunakan untuk dijadikan getah lastik. Gunting getah tersebut sepanjang satu kaki dengan lebar setengah inci setiap satu.
d) Untuk menyediakan lapik kulit untuk pelurunya adalah menggunakan kasut-kasut kulit yang tidak digunakan. Potong lidah kasut mengikut bentuk bujur.
e)Pada kiri dan kanan lapik kulit akan ditebuk dua lubang. Getah lastik akan diikat dengan getah bulat pada lapik kulit ini seakan seperti bentuk buaian.
f)Kemaskan ikatan pada kedua-dua cabang lastik tadi.
g) Kemudian ia diuji kekuatannya. Peluru bagi lastik adalah seperti batu kerikil sebesar guli dan biji getah.
sumber warisan
0 comments:
Post a Comment