Emerald jewel wasp bahaya

Emerald jewel wasp (sejenis tebuan parasit) adalah satu evolusi yg dahsyat dan mengagumkan .
Tebuan betina ini, tidak suka membawa larva di dalam rahimnya tapi ia hanya bertelur di bahagian badan serangga lain dan berharap larvanya akan menetas & mencari jalan untuk hidup seperti serangga lain, yang pastinya bahawa larva itu akan menetas di atas sumber makanan pilihan mereka iaitu lipas. Lipas ialah serangga yg tipikalnya adalah agresif, dan dua hingga tiga kali lebih besar daripada tebuan ini.

tebuan ini telah menemui cara utk bertelur yg sangat inventif dan tidak masuk akal untuk kita berfikir bagaimana ia melakukannya dan uhmmm…ianya sungguh menakutkan.

Seperti seorang pakar bedah, tebuan ini menggunakan penyengat yang panjang untuk menusukkan bius kepada lipas yang terkejut bagi melumpuh dan membiuskan bahagian depan badan lipas. Selepas itu, tebuan ini boleh mengambil masa utk berehat seketika. Kemudian sampai masanya untuk tebuan menyuntik bagi kali kedua.

Untuk memastikan suntikan kedua ini sempurna, tebuan akan tusukkan penyengatnya ke dalam kawasan tertentu di bahagian otak lipas. Ia akan menyuntik racun yg lebih kuat ke dalamnya, tebuan ini akan memastikan tempat yg ditusuk itu tepat dan menyekat reseptor neurotransmitter yang ada pada lipas itu bagi memusnahkan reaksi dan tindak balas lipas supaya lipas itu tidak boleh terbang atau bergerak lagi.

Iyekk, tebuan ini tahu bagaimana untuk melaksanakan prosedur ini.

Setelah tebuan menguasai lipas itu ia akan membawa lipas tersebut pulang ke sarangnya. tebuan ini akhirnya akan bertelur di atas lipas tersebut. Ia juga akan mematahkan sesungut/antenna lipas itu untuk minum darahnya bagi menambah tenaga dan kehausannya (lipas itu masih hidup), kemudian tebuan akan keluar dari sarang dan mengambil beberapa biji batu kerikil utk menutup sarangnya.

Selepas 3 hari, telur tebuan akan menetas dan larva perlahan-lahan memakan organ dalaman lipas tersebut sehingga mereka membentuk satu kepompong dan akhirnya barulah lipas itu akan mati. Selepas beberapa hari anak tebuan akan keluar dari kepompongn atau sekam lipas mati itu untuk memulakan kehidupan sendiri sebagai pakar bedah di kemudian hari.

Sesiapa yg nak tahu lebih lanjut, boleh tonton video di atas. Kehebatan seekor tebuan dan kesengsaraan seekor lipas.
sumber

0 comments: