ubat dalam puasa

penggunaan ubat yang tidak membatalkan puasa

  • ubat titis mata, hidung dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)
  • tablet sublingual (bawah lidah); dengan syarat diletakkan di bawah lidah dan tidak ditelan
  • semua bentuk suntikan
  • ubat jenis sapuan (krim atau salap) dan plaster
  • ubat kumur
  • ubat sembur hidung (dengan syarat tidak disedut)
  • ubat bius setempat dan bius separuh 
penggunaan ubat yang membatalkan puasa
  • ubat biji
  • ubat minum
  • inhaler (ubat sedut)
  • pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam vagina termasuk prosedur cucian)
  • ubat bius menyeluruh (yang melibatkan gas)
bagi pesakit diabetes, sangat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda hipoglisemia (paras gula yang rendah dalam darah) apabila berpuasa iaitu "-
  • mengantuk / lemah
  • pening / mudah pitam
  • keliru / gangguan emosi / resah / gelisah
  • peluh dingin
  • menggeletar
  • lapar
pastikan juga paras gula dalam darah diuji dengan kerap sepanjang menjalankan ibadah berpuasa.
tinggal beberapa hari sahaja lagi kita berpuasa. selamat berpuasa dan selamat merebutkan malam lailatul qadar.sekian..

0 comments: