Bisnes Tepu? Banyak Persaingan?

Bisnes Tepu? Banyak Persaingan?

Bila saya cerita pasal seronoknya buat bisnes tudung ni... ada juga yang kata... mereka nampak, bisnes tudung ni macam dah tepu dan terlalu ramai sangat orang yang menjual tudung. Jadi.. masih boleh cari makan ke?


Saya senyum je... memang saya akui, memang kita nampak ramai orang yang jual tudung... tapi.. dalam masa yang sama.. permintaan dan pasaran tudung ini juga sangat besar.

Orang yang pakai tudung pada zaman kini, sangat ramai... malah, boleh saya katakan, majoriti wanita islam di Malaysia hari ini, memakai tudung.

Tidak seperti zaman 60-an dulu, zaman-zaman P.Ramlee... zaman dulu, memang segelintir sahaja wanita yang memakai tudung.

Tapi hari ini, dari kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar kolej & universiti, wanita bekerja dan wanita berumur... semuanya memakai tudung.

Dan apa yang lebih menarik lagi, golongan wanita berhijab ini, akan terus membeli tudung walaupun mereka sudah mempunyai berpuluh dan beratus helai  tudung.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan, mereka akan membeli tudung baru. Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang kerap berada di luar rumah seperti wanita bekerja dan juga golongan pelajar. Mereka ini tidak akan putus-putus membeli tudung...

sebabnya, setiap helai tudung yang dibeli, mempunyai nilai dan cirinya tersendiri yang berbeza dengan tudung yang lain, tambahan lagi, setiap helai tudung itu pula, hanya padan dipakai bersama beberapa helai baju sahaja.

Jadi, anda tidak perlu risau... walaupun sudah ramai orang yang menjual tudung, namun,  orang yang membeli tudung juga ada sangat ramai.

Apa yang penting, anda perlu ada ilmu serta strategi yang tersendiri....

salah satu strategi yang boleh di gunakan.. ialah dengan mempunyai "produk killer"...

SAMBUNG DI SINI KLIK

0 comments: