Senaman berterusan amat berguna untuk semua kita sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi. warga emas yang mengalami pelbagai penyakit seperti contohnya diabetes, tekanan darah tinggi/rendah dan penyakit sendi yang sangat popular ketika ini akan mendapat faedah dengan melakukan senaman yang sesuai  (dapatkan nasihat daripada doktor / ahli fisioterapi dahulu).
FAEDAH SENAMAN


  • meningkatkan daya tahan dan kekuatan badan
  • dapat menghindarkan dari terjatuh dan cedera
  • meningkatkan keanjalan (fleksibiliti) otot dan sendi
  • baik untuk jantung, paru-paru dan perjalanan darah
  • menjadikan badan lebih tegak
  • mengurangkan ketegangan mental
  • memperlahankan proses penuaan seperti kerapuhan tulang bagi wanita yang telah putus haid
  • mengawal berat badan
  • meningkatkan tahap kesihatan
  • meningkatkan imej kendiri
Avian Influenza (AI) atau selsema burung merupakan sejenis penyakit berjangkit di kalangan ayam, itik dan burung-burung (unggas). Avia Influenza disebabkan oleh virus Influenza jenis A. Virus ini mempunyai pelbagai subtyoe. Wabak yang dilaporkan sekarang disebabkan oleh virus H5N1. Virus jenis ini menyebabkan kadar kematian yang tinggi di kalangan unggas. Burung air (Waterfowl) merupakan perumah bagi virus penyakit ini. kebiasaannya, penyakit ini tidak menjangkiti manusia, tetapi kejadian terkini menunjukkan manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah kepada unggas yang berpenyakit.

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakaratul maut’
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya..”
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin… amin Yarobbala’lamin ..” sumber
sejenis dadah yang dipanggil KROKODIL (buaya) yang sangat popular di Rusia. kesan yang terlampau drastik apabila ia menjadikan daging, tulang, serta kulit seperti dihakis dan membunuh sel-sel saraf dengan pantas.ia menjadikan kerosakan tisu yang kritikal, radang urat darah, kanser, pemotongan anggota badan pada penggunaan jangka masa panjang. DESO-MORPHINE iaitu sintetik opiat (candu sintetik) yang lebih bahaya daripada HEROIN.
Jangka hayat penagih ini minima lebih kurang dalam 2-3 tahun sahaja terutama pengguna tegar (dijangkiti HIV / kanser ). Dadah jenis ini di termasuk dalam golongan
DESOMORPHINE atau (dihydrodesoxymorphine, Permonid) merupakan opiat pertama yang dipatenkan pada 1932 di Amerika Syarikat.
PENGERTIAN KAUNSELING
Pengertian kaunseling dalam zaman pascaindustri menjelang zaman maklumat pada alaf 200 sudah berubah merangkumi pelbagai kemajuan teknologi, perhubungan dan maklumat. Pengertian kaunseling kini sudah mencakupi segala aliran pengetahuan yang pernah pada suatu ketika dahulu dihadkan hanya kepada konsep bimbingan sahaja. Pada hakikatnya, kaunseling merupakan proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yang penuh muhibah, kesedaran dan saling memahami. Apabila proses ini dikembangkan, sudah tentunya berlaku proses kesedaran diri bagi orang yang menerima pertolongan. Usaha tersebut adalah hasil pemangkin yang berpunca daripada orang yang memberi pertolongan.
PENGERTIAN BIMBINGAN
Bimbingan pula adalah proses menolong. Bimbingan melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya penyampaian maklumat yang diinginkan oleh penerima daripada pemberi diperlukan oleh penerima bagi menentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Pengertian kaunseling sezaman yang sejagat sekarang sudah mula mencakupi kawasan yang bermaksud bimbingan. Proses ini teserlah dengan wujudnya pelbagai pendekatan dan teknik yang mengandungi unsur kognitif terarah bagi memberi kesedaran wawasan psikologikal kepada seorang insan untuk membuat alternative penyelesaian yang sewajarnya.

Kaunseling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu ”counselling”. Melihat kepada makna perkataan ”counseling” iaitu “professional advice and help given to people with problems” (New Oxford Dictionary: 2005) yang difahami sebagai nasihat dan bantuan yang diberi secara professional kepada orang-orang yang bermasalah. Kamus “Steadman's Medical” menakrifkan kaunseling sebagai "a professional relationship and activity in which one person endeavors to help another to understand and to solve his or her adjustment problems; the giving of advice, opinion, and instruction to direct the judgment or conduct of another" (Stedman's Electronic Medical Dictionary, 1994). Iaitu aktiviti dan perhubungan professional di mana seseorang membantu orang lain memahami dan menyelesaikan atau memberi nasihat, pendapat dan tunjuk ajar dalam memandunya memperimbangkan penyelesian masalah.

Kaunseling adalah suatu bidang sains perlakuan terapan. Ia berasaskan ilmu pskologi, pendidikan, sosiologi, pengurusan dan perkembangan manusia, sains kaunseling telah diterima sebagai satu bidang pengetahuan yang penting. Ilmu psikologi dan sains kaunseling berkembang dengan pesatnya pada tahun 1879, apabila William Max Wundt meneroka bidang ini dengan membuka satu makmal psikologikal yang pertama di University of Leipzig di negara Jerman (Shertzer dan Stone, 1980;Gibson dan Mitchell,1990;Othman,Rahil dan Majid,1995).