Benarkah Aivan Influenza (Selsema Burung) Merebak

Avian Influenza (AI) atau selsema burung merupakan sejenis penyakit berjangkit di kalangan ayam, itik dan burung-burung (unggas). Avia Influenza disebabkan oleh virus Influenza jenis A. Virus ini mempunyai pelbagai subtyoe. Wabak yang dilaporkan sekarang disebabkan oleh virus H5N1. Virus jenis ini menyebabkan kadar kematian yang tinggi di kalangan unggas. Burung air (Waterfowl) merupakan perumah bagi virus penyakit ini. kebiasaannya, penyakit ini tidak menjangkiti manusia, tetapi kejadian terkini menunjukkan manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah kepada unggas yang berpenyakit.



CARA PENYAKIT INI MEREBAK

  • Dalam kalangan unggas
penyakit ini merebak dalan kalangan unggas ialah dengan melalui cecair hidung, air liur dan najis. virus ini boleh bertahan sehingga 30 hari dalam najis.
  • Dari unggas ke manusia
Manusia boleh dijangkiti melalui
a - Kontak/hubugan secara terus dengan ayam, itik dan lain-lain unggas yang berpenyakit serta hasilannya
b - Najis dari unggas berpenyakit
c - Air yang tercemar dengan najis unggas yang berpenyakit
d - Barang-barang dan pakaian yang tercemar dengan najis dari unggas yang berpenyakit

TANDA DAN GEJALA
tanda-tanda dan gejala avian influenza ini ialah
  • Demam tinggi (melebihi 38 C)
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakti otot
  • Sakit sendi
  • Letih lesu
Komplikasi jangkitan adalah radang paru-paru (pneumonia) dan kematian

KUMPULAN YANG BERISIKO
  • Pekerja ladang : mereka yang bekerja di ladang ternakan (unggas) yang berkemungkinan telah dijangkiti
  • Peniaga ayam, itik dan burung : mereka menjual ayam, itik dan burung, mengendali telur unggas dan bekas simpan telur dan bahan-bahan yang tercemar dengan najis unggas
  • pekerja veterinar / kesihatan : mereka yang terlibat dalam aktiviti pemusnahan unggas yang berpenyakit.
LINDUNGI DIRI ANDA DENGAN . . .
  • Amalkan amalan pengendalian ladang dengan baik (good animal husbandry) seperti memakai penutup mulut dan hidung (mask), sarung tangan, apron dan kasut but.
  • Amalkan tabiat membasuh tangan dengan air yang bersih dan sabun ketika mencuci.
  • Pastikan anda memilih daging dan hasilan unggas yang sihat sahaja.
  • Patuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Post a Comment