PANDUAN PENCEGAHAN JENAYAH - ROGOL


Sejak kebelakangan ini, jenayah rogol kerap berlaku, melibatkan mangsa pada peringkat umur yang masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup. Jenayah ini bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh selepas dirogol. Bagi yang masih hidup, mangsa akan membayangkan kehidupan masa depan yang gelap, dipenuhi kekeliruan emosi, fobia dan syak wasangka. Bagi menghindari rogol, sedikit tips pencegahan digariskan agar kaum wanita boleh berwaspada sentiasa:

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU? 

1. Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi.

2. Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.

3. Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.

4. Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.

BAGAIMANA MENGELAKKANNYA? 

1. Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.

2. Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.

3. Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.

4. Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas, stesen bas dan sebagainya).

5. Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.
klik sini

0 comments: