TIPS MENGELAKKAN KES PECAH RUMAH


 Apabila tibanya musim perayaan, kita dapati makin bertambah la kes pecah rumah yang berlaku setiap hari. Terutamanya semasa cuti hari raya dimana kebanyakan daripada kita balik ke kampung. Baru-baru ini, rumah kawan sepejabat saya sendiri juga turut dimasuki pencuri. Dia kehilangan laptop dan beberapa barangan berharga yang lain. Dalam entri hari ini, sempena nak bercuti raya ni, saya ingin berkongsi dengan anda tips bagaimana untuk mengelakkan kes pecah rumah. Bila kes pecah rumah sering berlaku?
1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:

1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10.Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
11.Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
12.Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
13.Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.
klik sini

0 comments: