PUNCA STRES

  • masalah kewangan
  • menunggu lama
  • konflik rumahtangga
  • kena buli
  • rasa rendah diri
  • beban kerja
  • penyakit fizikal
  • kesesakan lalu lintas
  • persekitaran yang tidak selesa
  • tragedi

GEJALA STRES

  • gelisah
  • risau keterlaluan
  • gangguan tidur
  • kurang tumpuan kerja
  • cepat marah

PENAWAR STRES (10B)

  • bertenang
  • bernafas dengan dalam
  • berkata : relakslah....
  • beribadat
  • bercakap dengan seseorang
  • berurut
  • berehat & mendengar muzik
  • beriadah
  • bersenam
  • berfikiran positif
sumber : KKM

  • Gelisah
  • Gangguan selera makan
  • Merokok berlebihan
  • Mabuk arak
  • Kerisauan yang Berlebihan
  • Mudah meradang
  • kelesuan
  • hilang tumpuan dan motivasi
  • gangguan tidur
  • tingkahlaku agresif
suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. walaubagaimanapun, suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan stres. stres yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. jika stres di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. ini akan dirumitkan lagi dengan masalah keluarga dan masalah peribadi.

PUNCA STRES DI TEMPAT KERJA ?
Jenis Pekerjaan :- suasana tempat kerja , tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja

Peranan & Fungsi Pekerjaan :- kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang berbahaya.

Kerjaya :- kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan

Perhubungan :- Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

Perubahan dalam Struktur Organisasi :- Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja.
BERSIKAP REALISTIK TERHADAP PEKERJAAN ANDA

  • akui kekuatan dan kelemahan dalam diri
  • bersikap positif semasa bekerja
  • lakukan yang terbaik dalam pekerjaan
  • merasa seronok bekerja

RANCANG KERJA ANDA

  • kendali masa dengan bijak
  • lakukan kerja mengikut keutamaan. jangan bertangguh
  • elak membawa kerja balik ke rumah
  • agih tugas dengan bijak

TINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

  • lihat masalah dengan rasional
  • rancang penyelesaian secara sistematik
  • kenalpasti masalah-masalah mengikut keutamaan
  • senaraikan langkah-langkah menanganinya
  • cari langkah penyelesaian yang paling sesuai
  • ambil tindakan wajar

BERSIKAP POSITIF TERHADAP PERUBAHAN DALAM KERJA

  • sentiasa bersikap terbuka, bertolak-ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku

AMALKAN KOMUNIKASI BERKESAN DI TEMPAT KERJA

  • amalkan sikap tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
  • luahkan pendapat anda dengan sopan, tegas dan jelas
  • hormati pandangan rakan sekerja

TINGKATKAN SOKONGAN SOSIAL DI TEMPAT KERJA 

  • wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
  • kenalpasti individu dan organisasi yang dapat membantu dalam menangani masalah
  • berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
  • luangkan masa untuk membantu rakan yang bermasalah

AMALKAN CARA HIDUP SIHAT

  • belajar untuk relaks
  • tidur yang cukup
  • bersenam selalu
  • adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
  • jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
  • berpegang teguh pada ajaran agama dan nilai-nilai murni
sumber : KKM Malaysia
Tahukah anda meow-meow sebenarnya adalah dadah yang popular di dunia. Nama sebenarnya Mephedrone, juga dikenali 4-Methylmethhcathinone (4-MMC),  atau 4-Methylephedrone, adalah sejenis stimulan sintetik dan ectactogen  daripada kelas amphetamine dan cathinone. Ia dikatakan mengandungi sintetik campuran cathinone yang boleh ditemui di dalam pokok Khat yang banyak terdapat di wilayah Afrika timur. Mephedrone boleh muncul dalam bentuk kapsul, tablet atau serbuk putih. Bagi dadah jenis ini, pengguna boleh menelan, menyedut atau menyuntik untuk berkhayal.

Methy-Lenedioxy Methatamine
Tahukah anda bahawa nama di atas merupakan dadah sintetik yang banyak diguna pakai oleh golongan remaja dan belia untuk berhibur di kelab-kelab malam. Nickname lain ialah playboy dan pinklady. Nama jalanan ini dipakai kerana kesan dadah ini membuatkan penggunanya akan mengalami suatu perasaan yang lebih ekstrem dan menambah keinginan untuk melakukan seks. Oleh yang demikian, dadah tersebut sering digunakan untuk mengeksploitasi wanita bagi melakukan hubungan seks bebas.
Tahu atau tidak, dadah tersebut mengandungi bahan-bahan terlarang dan membahayakan. Antara bahan kimia yang terdapat adalah seperti Acid Acetic, Acetone, Choloroform Ethy, Hydrochlaric Acid, Isosafrole, Paperonal, Satrole, Sulphuric Acid, Toluene, 3, 4 Methylenedioxyenyl-2- propanone.
Berdasarkan kandungan yang terdapat dalam dadah berkenaan, sebenarnya pengguna Methy-Lenedioxy Methatamine akan berhadapan dengan keadaan menjadi gelisah, tidak boleh tidor, badan menggeletar jika tidak menggunakan dadah tersebut dan juga akan berlaku paranoid.
Kesan jangka panjang akan berlaku kepada pengguna dengan penurunan berat badan dengan cepat, menghidapi penyakit saraf, hilang selera makan, kulit kering dan gatal-gatal, hilang daya ingatan dan akhir sekali akan mengalami strok yang boleh membawa kepada kematian.
TINGKAH laku berubah secara tiba-tiba, gemar menyendiri, suka berhalusinasi dan banyak bercakap benda mengarut serta tidak masuk akal antara gejala awal penyakit psikosis iaitu penyakit mental popular ketika ini.

Mungkin bagi sesetengah orang, penyakit mental adalah biasa, namun yang luar biasa dan perlu dipandang serius apabila penyakit psikosis bermula seawal remaja. Perkara ini didedahkan Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohamad Hussain Habil.

Psikosis berasal daripada istilah Greek, iaitu ‘psyche’ yang bermaksud minda atau jiwa manakala ‘osis’ bermaksud keadaan tidak normal.

Ia adalah terma psikiatri umum bagi tahap mental yang dikaitkan dengan hilang pertimbangan terhadap dunia realiti. Penderita masalah ini disebut psikotik.

Situasi psikosis lebih serius digelar halusinasi dan delusi.

Menurutnya, psikosis boleh menyebabkan berlaku perubahan perilaku, termasuk meracau, delusi, halusinasi dan tidak dapat melihat sesuatu dalam bentuk realiti, menjadikan pesakit tidak mampu mengawal perasaan.

“Psikosis tidak boleh dipandang ringan. Pesakit yang mempunyai gejala ini perlu mendapat rawatan segera bagi mengelakkan ia berlarutan dan sukar sembuh. Ibu bapa yang mendapati anak mereka mempunyai tingkah laku luar biasa perlu mendapatkan rawatan.

“Walaupun masyarakat kita sedar penyakit mental, masih ramai melakukan rawatan menerusi bomoh atau pengamal agama, sedangkan masalah mental seumpama itu perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Ada 280 jenis penyakit mental, dan satu daripadanya ialah skizofrenia. Psikosis adalah satu cabang skizofrenia yang dikaitkan dengan gangguan bahan dalam kimia iaitu serotonin dan dopamin.

Ia dianggap berbahaya jika pesakit tidak dirawat kerana boleh membawa perlakuan negatif, termasuk pembunuhan kejam.

“Walaupun sakit mental adalah penyakit baru dikenal pasti 50 tahun di Malaysia, kemajuan bidang perubatan hari ini membolehkan kita mengesan tahap sakit mental seseorang dan priskripsi ubat boleh diberi berdasarkan tahap penyakit dan jenis tekanan dialami.

“Semua penyakit berkaitan mental boleh diubati, apabila pesakit dirujuk kepada pakar dan patuh pada pengambilan ubat diberikan.

“Kalau dulu penyakit mental mungkin orang kaitkan dengan saka atau terkena ilmu hitam, rasukan makhluk halus, tetapi dengan adanya kemajuan perubatan itu, ibu bapa perlu segera membawa anak mereka yang mula menunjukkan tanda kecelaruan mental kepada pakar,” katanya.

Beliau berkata, pesakit mental banyak berlaku di kalangan orang Melayu dan golongan miskin kerana mereka sering mengaitkan kelakuan pesakit mental seperti bercakap dan ketawa sendirian akibat tersampuk, rasukan dan benda halus menjadikan mereka kurang berminat merawatnya menerusi cara rawatan moden di hospital. sebaliknya dirujuk kepada bomoh serta ahli agama.

“Tidak salah kalau kita mempunyai ikhtiar sebegitu. Sekali dua bawa berubat ke bomoh dan ahli agama, kalau masih tidak baik juga, keluarga perlu rujuk kepada hospital. Jika tidak dirawat dengan betul, lambat laun pesakit akan menjadi lebih teruk, termasuk membunuh,” katanya.

Katanya, kemajuan teknologi perubatan hari ini boleh mengesan pelbagai jenis penyakit mental, malah dalam janin sekalipun imbasan boleh dilakukan mengenal keganjilan pada otak bayi dalam kandungan.

Justeru, jika ada ahli keluarga dikesan berubah atau menunjukkan tanda seperti bercakap seorang diri, segera dapatkan rawatan kerana sebarang jenis penyakit mental boleh dirawat seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi.

“Paling penting, pesakit juga memerlukan rawatan, cuma mereka sebenarnya tidak sedar atau tidak tahu diri mereka menghidap masalah mental seperti itu,” katanya.


Simptom psikosis

  • Mengalami perubahan ketara dalam tingkah laku, pemikiran dan perasaan mereka dan mampu menjejaskan kewarasan pesakit
  • Berasa keliru
  • Terdengar suara ghaib berkomunikasi dengan mereka (halusinasi)
  • Mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi dengan orang lain (delusi)
  • Percakapan banyak merapu dan mengarut
  • Berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah secara tiba-tiba tanpa sebab

Antara punca

  • Mempunyai keturunan yang mengalami sakit mental
  • Mempunyai sejarah sakit mental
  • Melahirkan anak (primaparity)
  • Mengalami komplikasi ketika hamil
  • Mengalami komplikasi ketika bersalin
  • Masalah sosial


















Gambar-gambar psiko adalah untuk menerjah sedikit minda anda. Dengan pembawakan oleh konsep seram dan menakutkan, warna-warna dan orang serta sekeliling  yang berlainan dengan gambar biasa yang kita lihat sebelum ni.lakaran oleh ( Yves Lecoq )