STRES di tempat kerja

suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. walaubagaimanapun, suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan stres. stres yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. jika stres di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. ini akan dirumitkan lagi dengan masalah keluarga dan masalah peribadi.

PUNCA STRES DI TEMPAT KERJA ?
Jenis Pekerjaan :- suasana tempat kerja , tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja

Peranan & Fungsi Pekerjaan :- kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang berbahaya.

Kerjaya :- kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan

Perhubungan :- Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

Perubahan dalam Struktur Organisasi :- Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja.
Post a Comment