Racun Sedap untuk berhibur

Methy-Lenedioxy Methatamine
Tahukah anda bahawa nama di atas merupakan dadah sintetik yang banyak diguna pakai oleh golongan remaja dan belia untuk berhibur di kelab-kelab malam. Nickname lain ialah playboy dan pinklady. Nama jalanan ini dipakai kerana kesan dadah ini membuatkan penggunanya akan mengalami suatu perasaan yang lebih ekstrem dan menambah keinginan untuk melakukan seks. Oleh yang demikian, dadah tersebut sering digunakan untuk mengeksploitasi wanita bagi melakukan hubungan seks bebas.
Tahu atau tidak, dadah tersebut mengandungi bahan-bahan terlarang dan membahayakan. Antara bahan kimia yang terdapat adalah seperti Acid Acetic, Acetone, Choloroform Ethy, Hydrochlaric Acid, Isosafrole, Paperonal, Satrole, Sulphuric Acid, Toluene, 3, 4 Methylenedioxyenyl-2- propanone.
Berdasarkan kandungan yang terdapat dalam dadah berkenaan, sebenarnya pengguna Methy-Lenedioxy Methatamine akan berhadapan dengan keadaan menjadi gelisah, tidak boleh tidor, badan menggeletar jika tidak menggunakan dadah tersebut dan juga akan berlaku paranoid.
Kesan jangka panjang akan berlaku kepada pengguna dengan penurunan berat badan dengan cepat, menghidapi penyakit saraf, hilang selera makan, kulit kering dan gatal-gatal, hilang daya ingatan dan akhir sekali akan mengalami strok yang boleh membawa kepada kematian.
Post a Comment