Akibat Papa Curang, Mama Minum Racun



SEORANG wanita nekad mengakhiri hidupnya dengan meminum kopi bercampur racun ikan dipercayai akibat cemburu suaminya mempunyai wanita lain.

Mangsa Saminah, 36 tahun ditemui meninggal dunia di dapur rumahnya dalam keadaan mulut berbuih di Desa Kecamatan Wonosalam, Jombang, Timur Jawa Indonesia, semalam.

Kejadian itu disedari suaminya Ardi Siswanto, 39 tahun ketika dia hendak pergi ke bilik air kira-kira pukul 6.30 pagi.

Ardi yang terkejut dengan kejadian itu bertindak membawa isterinya ke hospital dan disahkan meninggal dunia oleh doktor, lapor portal detiknews.

Ketika ditemui, terdapat cawan berisi kopi dan beberapa ketul racun ikan jenis potassium.

Racun itu dipercayai milik suaminya kerana lelaki itu sering memancing ikan menggunakan potassium.

Malah sebelum kejadian itu, berlaku pertengkaran antara Saminah dan suaminya gara-gara Ardi dikatakan mempunyai wanita lain.

Laporan bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan teruk pada anggota badan mangsa yang menjurus kepada pembunuhan.

0 comments: