rumah orang tua di Tokyo terbakar !
TOKYO: Sebelas terbunuh manakala lima lagi berjaya diselamatkan dalam kebakaran di sebuah pusat kebajikan orang tua di utara Jepun lewat Rabu, lapor stesen penyiaran NHK.
Seramai 16 warga tua tinggal di pusat kebajikan kayu tiga tingkat di Sapporo yang dibayar RM1,300 (36,000 Yen) sebulan, lapor NHK pada Khamis.
Tiga daripada mangsa terselamat berusia antara 50 dan 60 tahun sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Pusat kebajikan itu dikendalikan oleh sebuah organisasi di Sapporo yang membantu mereka mendapat bantuan awam dengan menyediakan makanan dan mendapatkan pekerjaan, kata NHK.
Pada bulan Mac 2010, tujuh orang di rumah penjagaan warga tua demensia terbunuh dalam kebakaran di Sapporo, kata agensi berita Kyodo.
0 comments:
Post a Comment