Mesti Korang Pelik Kalau Tengok KES Sejak November 2017 - Januari 2018


KUALA LUMPUR : Hari ini negara sekali lagi digegarkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, di Lukut, Port Dickson, dipercayai meninggal dunia akibat didera.

Rentetan itu, polis menahan bapa kepada kanak-kanak malang berkenaan, dan juga ibu tirinya, kedua-duanya berusia lingkungan 30an, bagi membantu siasatan.

Namun, jika diimbas kembali, banyak sebenarnya kes dera yang terjadi dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. 


Berikut antara kes-kes lain yang dilaporkan media dan mendapat perhatian umum.

1) Remaja dipukul dengan besi paip, kayu dan penyangkut baju

Di Kajang, remaja perempuan berusia 16 tahun bukan sahaja menderita didera menggunakan besi paip, kayu dan penyangkut baju oleh pasangan suami isteri tetapi turut dirogol lelaki tidak berperikemanusiaan itu di Kajang sejak Julai lalu.

Difahamkan sedang berusaha mengesan pasangan suami isteri itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376/324 Kanun Keseksaan.


2) Bayi 10 bulan didera lelaki dan kekasih

Juga di Kajang, lagak seorang lelaki dipercayai mahu mempertahankan seorang bayi berusia 10 bulan akibat didera dengan membuat laporan polis akhirnya memerangkap diri apabila dia ditahan polis semalam bagi membantu siasatan.

Turut ditahan bersama suspek adalah kekasihnya yang juga ibu kepada bayi perempuan malang berkenaan selain ditahan secara berasingan.

BACA: Pasangan kekasih ditahan dera bayi 10 bulan


3) Pelajar ditemui mati dipukul

Manakala di Melaka pula, tiga lelaki, termasuk bapa saudara kepada seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang ditemui mati di Krubong, Melaka, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan membunuh remaja terbabit.

Sewaktu kejadian, mangsa, M Arunasalam, dikatakan di bawa ke bengkel berkenaan sebelum dipukul tiga lelaki terbabit kerana dituduh mencuri wang milik datuknya.

BACA: Bapa saudara antara tiga didakwa bunuh remaja 16 tahun


4) Warga Indonesia mengaku abai anak sehingga mati

Di Butterworth pula, seorang wanita warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini atas kesalahan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap seorang bayi yang juga anak kandungnya sehingga mati pada November lepas.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu telah mengabaikan anak lelakinya yang berusia satu tahun tiga bulan dengan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu di rumahnya di 106, Paya Lahar Kepah, Kepala Batas, Pulau Pinang kira- kira jam 4.30 petang pada 22 November lepas.


5) Ibu dera anak sehingga koma

Manakala di Kepala Batas, Pulau Pinang, seorang bayi malang berusia 16 bulan yang koma akibat didera ibu kandungnya di rumah mereka di Paya Lahar Kepah, Kepala Batas, disahkan meninggal dunia.

BACA: Ibu dera anak hingga koma sebelum meninggal dunia, mengaku salah


6) Muka seiras wajah bekas isteri kanak-kanak didera

Lain pula ceritanya di Kelantan. Hanya kerana seorang kanak-kanak perempuan seiras wajah ibunya, seorang bapa apabila sanggup mencucuh api rokok ke beberapa bahagian badan anak kandung itu di rumah mereka di Kampung Terap, Bukit Marak.

Bukan setakat itu, lelaki yang berusia 31 tahun itu turut memukul serta menoreh anggota badan kanak-kanak malang berkenaan dengan pisau hingga meninggalkan parut.

Perbuatan kejam tersebut dipercayai dilakukan lelaki terbabit hanya disebabkan dendam ekoran muka mangsa yang berusia lapan tahun itu menyerupai muka bekas isteri suspek. 


BACA: Muka seiras bekas isteri, bapa cucuh anak dengan api rokok 

Kesemua kes dilaporkan berlaku antara November 2017, hingga Januari tahun ini.

0 comments: