soalan lazim untuk info anda :-

1. S: Apakah Pakej Komunikasi Belia?

J: Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk  mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.

2. S: Apakah syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia? 

J: Syarat kelayakan adalah:

Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat. 

3. S: Bilakah saya boleh mula memohon?

J: Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.  

4. S: Bagaimana cara untuk saya memohon? 

J: Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.  

5. S: Siapakah penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini?
 
J: Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.

6. S:Berapa lamakah tempoh masa untuk membuat tuntutan rebat ini ?  

J: Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.  

7. S: Selepas saya membuat pra pendaftaran laman sesawang, apakah yang patut saya lakukan?
 
J: Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.  

8. S: Di manakah saya boleh dapatkan senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah?

 J: Senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan terlibat mulai 1 Januari 2013.  

   
 9. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan?        

J:      Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:

Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa

10. S: Bagaimana cara untuk menuntut rebat ini?

J: Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan , anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.  

11. S: Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?
 
J: Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini. 

Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut.  

12. S: Sekiranya saya telah melanggan pakej jalur lebar, perlukah saya membuat langganan yang baru untuk menuntut rebat tersebut ?

J: Tidak perlu. Walau bagaimanapun anda tetap layak untuk menuntut rebat tersebut.  

13. S: Apakah jenis-jenis telefon yang boleh di beli?

J: Anda boleh membeli jenis telefon pintar tahap permulaan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan. Senarai telefon yang termasuk di dalam skim ini boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan mulai 1 Januari 2013.  

14. S: Apakah yang boleh menyebabkan sesuatu permohonan tidak berjaya?
 
J: Permohonan tidak berjaya disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

Anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan
Nombor kad pengenalan, nombor fail LHDN, atau nombor KWSP didapati tidak sah
Anda telah mendaftar lebih daripada sekali

15. S: Sekiranya saya bekerja sendiri atau penggajian, perlukah saya mendapat pengesahan pendapatan bulanan atau membawa slip gaji ?
   
J: Tidak perlu. Sah akuan yang telah ditanda oleh pemohon di dalam borang pendaftaran dalam talian adalah bukti bahawa maklumat yang diberi adalah benar.

Walau bagaimanapun kami ingin memperingatkan bahawa sesiapa yang didapati bersalah memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan  di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama maksimum tiga (3) tahun dan denda.

16. S: Saya seorang pelajar, adakah saya layak memohon Pakej Komunikasi Belia?

J: Pelajar sepenuh masa atau separuh masa adalah layak memohon pakej tersebut sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.  

17. S: Keuntungan bersih sebagai peniaga kecil-kecilan adalah RM 3,200 sebulan dan selepas ditolak perbelanjaan keluarga, pendapatan saya tinggal RM 2,000 sahaja. Adakah saya layak?
 
J: Tidak layak.  

18. S: Bagaimanakah cara saya ingin mengekalkan nombor yang sedia ada tetapi ingin menukar kepada pakej yang baru yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan yang lain?
 
 J: Anda dikehendaki untuk membuat  Mobile Number Portability (MNP) terlebih dahulu sebelum melanggan pakej baru dengan mana-mana penyedia perkhidmatan.

MNP adalah keupayaan bagi pengguna untuk beralih kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang baru, dengan mengekalkan nombor mudah alih sedia ada.  

19. S: Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapa patut saya tujukan?
 
J:  Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040
(Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.  

20. S: Adakah pendaftaran secara dalam talian ini akan beroperasi 24 jam?

J: Sistem dalam talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11:00 malam sehingga 7:00 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan kerja mengemaskini data dapat dilakukan.

sumber : inisiatif jalur lebar negara




Buasir adalah pembengkakan yang berlaku pada saluran darah “vein directum”. Buasir keluar darah apabila kita buang air besar. Pada peringkat yang lebih teruk, akan keluar sesuatu seperti lendir pekat berwarna merah darah melalui dubur & ia memang bercampur darah.
Menurut perubatan Siddha Ayurvedha, terdapat 9 jenis buasir diikuti oleh komplikasi perut, kolon dan rektum di kalangan manusia dan salah satu daripadanya dikenali sebagai Buasir berdarah atau Hemorrhoids.
baju kesayangan anda baru beli di sogo, midvalley, ioi mall, sunway piramid atau sebagainya baru sahaja keluar tanda kuning di ketiak. pemandangan kurang enak ini akan menjadikan anda kurang kemaluan untuk keluar bersama teman, sahabat handai mahupun keluarga bukan. baiklah, saya ada beberapa cadangan yang munasabah untuk anda praktikkan untuk menghilangkan ketiak kuning tersebut. cara-caranya :-

  • Untuk baju warna putih gunakan baking soda, peroksida, dan air dengan perbandingan 1 : 1 : 1. Buatlah larutan dari tiga bahan tersebut. Ambillah larutan tersebut dan bubuhkan pada noda, gosok perlahan dengan handuk kecil antara 30 detik - 2 menit dan diamkan selama minimal 30 menit. Setelah itu gosok lagi dengan sikat gigi yang lembut untuk menlonggarkan kekakuan pada kain. Kemudian cuci bersih seperti biasa dengan air hangat atau dingin.
  • Untuk baju berwarna terang (biru, kuning, pink), uji dulu dengan langkah pertama di tempat yang mencolok sebelum mencoba perawatan di bagian bawah lengan. Jika warna tidak memudar, lanjutkan seperti langkah untuk kemeja putih.
  • Warna gelap pulak, lakukan pencucian dengan menggunakan air dingin dan tambahkan satu cangkir cuka putih. Rendam selama minimal 30 menit. Tiriskan air cuka dan cuci seperti biasa dengan air dingin.

seni yang osem..hehe

Sedikit info tentang rokok elektronik:




  •  Di asas oleh China pada 2003 dan di komersialkan pada 2004
  •  2006 baru masuk pasaran di EUROP dan 2007 baru masuk UK
  •  Diharamkan dibeberapa buah negara kerana terdapat campuran bahan kimia dalam refill/catridge
  •  May 2009 ditubuhkan ECA(Electronic Cigarette Association)
  •  Dan sekarang pengharaman ditarik balik dengan kawalan dan pemeriksaan kandungan bebas bahan  kimia dalam refill/catridge.
Keuntungan Menggunakan Rokok Elektronik:-
  • TANPA tar, racun, karbon monoksida, tembakau, dan asap
  • Selamat bagi persekitarannya
  • Menjimatkan wang
  • Menghentikan tabiat merokok secara berperingkat
  • Menghindari risiko kesihatan terjejas akibat tabiat merokok
  • Sebagai subtitusi menggantikan rokok konvensional
  • Dapat disesuaikan dengan keperluan perokok (High, Medium, Low, dan Non Nikotin)
  • Merupakan terapi untuk berhenti merokok, kerana anda tetap merasa seakan akan anda sedang merokok
  • Dapat digunakan di mana-mana, termasuk di tempat DILARANG MEROKOK
  • Menghindari risiko kesihatan yang disebabkan oleh merokok
  • Bateri boleh dicas semula
  • Filter Cartridge dapat diganti-ganti berdasarkan kandungan nikotin yang diperlukan perokok (High, Medium, Low, dan Non Nikotin)
  • Tidak menyebabkan pencemaran udara, sehingga tidak menimbulkan perokok pasif (secondhand smoker). Asap yang keluar adalah asap dari kandungan gel yang diubah menjadi wap air oleh automizer
  • Bentuk dan rasa sama seperti aslinya, anda boleh menikmati seluruh proses merokok


Adakah anda tahu fakta sebenar rokok elektrik. ini dia 5 fakta yang patut anda tahu. bukan propa atau auta..hehe



Berikut adalah senarai  831 lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara.
Lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan blackspot.Untuk Maklumat Lebih Lanjut: Senarai Lengkap Lokasi Pemasangan Kamera AES Di Seluruh Negara (SINI)

Rumusan Jumlah Lokasi AES pada 30 Julai 2012
109358991 Rumusan Lokasi AES
sebagai langkah keselamatan, haruslah berhati-hati dan jangan cuai ketika memandu..hehe
p.s tadi nampak ada satu kereta kene "snap".  sebab laju sangat. jalan menghala ke UPM


Musim cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi, jadi sudah ramai antara kita yang merancang untuk bercuti bersama keluarga untuk merehatkan diri setelah bekerja atau merehatkan minda bagi menghabiskan cuti tahunan yang berbaki beberapa hari yang ada. Percutian antara aktiviti yang memerlukan kita melakukan pelbagai perancangan, termasuk bajet agar tidak berlaku pembaziran serta memastikan pecutian lancar tanpa masalah. Berikut, beberapa tip yang boleh dijadikan panduan memaksimumkan bajet.

1.Buat tempahan lebih awal.

Ketika itu, Imam Al-Ghazali duduk bersama dengan anak muridnya seraya berkata.

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “


Ramai antara kita faham tentang kepentingan mata, cuma pengetahuan tentang mata mungkin ada sesetengah memang dah tahu dan mungkin sesetengah lagi kurang pasti.jadi kat sini ada info sikit...tq :D


1. Katarak 
2. Glaukoma 
3. Diabetik Retinopati 
4. Kecederaan Mata 
5. Amblyopia (Mata malas) 
6. Ralat Refraktif

Oftalmologi adalah satu cabang bagi perubatan yang membicarakan mengenai anatomi, fisiologi dan penyakit-penyakit mata. Istilah ahli oftalmologi atau di dalam bahasa inggerisnya, ophthalmologist merujuk kepada seorang pakar di dalam perubatan dan masalah-masalah pembedahan mata. Semenjak ahli oftalmologi melakukan operasi-operasi terhadap mata, mereka dianggap sebagai pakar pembedahan dan perubatan .
Istilah oftalmologi berasal daripada perkataan bahasa inggeris iaitu Ophthalmology, sebenarnya berasal dari akar umbi Yunani iaitu ophthalmos bermaksud mata dan logos bermakna perkataan, fikiran, syarahan; oftalmologi betul-betul bermaksud "sains mata"
sumber : wikipedia
Konsert yang baru jer berlangsung semalam. kehangatan dengan pelbagai jenis manusia ada kat sini.
Boleh tengok kepada peminat bigbang yang kipas-susah-mati atau yang malu-malu tapi minat..hehe
especially lelaki macho macam saya.hehehe



Amaran : kualiti video agak kurang jelas, harap maaf.hehe

Lastik adalah sejenis alat untuk memburu burung dan alat untuk pertahankan diri. Kelebihan alat ini iaitu tidak mencemarkan alam sekitar kerana ia menggunakan bahan semulajadi dari hutan dan bahan terbuang. Kebanyakan alat ini dijadikan sebagai alat mainan oleh kanak-kanak atau remaja kampung untuk melastik burung dan buah-buahan.


Dihasilkan daripada kajian (Virtual intelligent agents ) dalam membentuk penyelidikan (R&D) sebagai alat bantuan dalam operasi menyelamat,agen perisik,meneroka kawasan bahaya atau sempit, maka terciptalah mesin ini. Flying Microrobot terkecil diwujudkan dalam tahun 2003, dimana perbadanan elektronik Jepun terkenal iaitu Seiko Epson membangun helikopter paling ringan dunia, hanya 8.6 gram (85mm dalam ketinggian, 136mm dalam garis pusat rotor), satu mikro terbang robot yang agak ganjil di planet ini. Tetapi ini, hanya akan membuka peluang lebih cerah pada masa akan datang, konsep robotik  ini yang  kecil sesuai untuk masa hadapan

“motor-motor ultrasonik + modul + bluetooth penggerak linear + penderia giro + satu meter pecut + satu penderia bayangan = teknologi mikro mechatronics di tempat kerja”

Robotic Insects Machine
hanya sebesar serangga kecil dan mampu terbang hanya dengan menggunakan pencetak 3D polister  bagi merentangi rod-rod gentian karbon. Dan beratnya hanya 3.89 gram!!!

Diinspirasikan oleh usul  alam serangga, penyelidik-penyelidik Lipson and Richter dari Universiti Cornell menggunakan pencetak 3D untuk mencipta model serangga, yang sangat kompleks dan makhluk ini sangat rapuh sama seperti bentuk serangga yang terbang di sekeliling kita.

Adakah kita pemakan buah-buahan tegar atau hanya melihat sahaja ia di dalam peti ais atau dimana sahaja kita berada. khasiat buah-buahan juga mempengaruhi dalam kesihatan dalam tubuh badan. akan tetapi berapa ramaikah kita memakannya setiap hari. atau hanya jika dihidangkan baru kita santap.hehe. sebenarnya tidak salah kalau kita makan buah-buahan yang kita suka akan tetapi biarlah ia berkhasiat. saranan saya ialah makan buah kiwi kerana ia kaya dengan serat untuk mengawal kadar gula darah untk pesakit yang menghidap penyakit diabetes. selain itu juga ia mempunya tinggi aktioksidan yang membantu menentang kerosakan disebabkan pembebasan radikal bebas dalam tubuh kita. jadi, Jom makan buah-buahan...kalau rasa nak makan..heheheh


Elak dari bercakap terlalu banyak semasa sesi soal-jawab
Salam Sejahtera, kepada semua

Kadangkala semasa sesi temuduga, calon-calon akan lebih mudah teruja dengan soalan-soalan yang diajukan oleh penemuduga kepada calon. Ini boleh dilihat dari kecenderungan calon-calon untuk lebih vokal, dan bercakap tanpa henti.
Perkara ini harus dielakkan oleh calon temuduga kerana :
  • Walaupun ia dapat mengurangkan rasa gemuruh, tetapi ia menunjukkan bahawa calon kurang matang
  • Boleh menyebabkan penemuduga mudah berasa bosan
  • Terdapat kebarangkalian calon mungkin tersalah tafsir soalan penemuduga dan sekiranya calon meneruskan percakapan tanpa henti, ia mungkin menyebabkan penemuduga bertanggapan negatif kepada calon.
  • Ia memberikan imej gopoh kepada calon
  • Jawapan yang diberikan mudah tersasar dari kehendak penemuduga
  • Perlu diberi perhatian bahawa penemuduga lebih senang dengan calon yang memberikan jawapan yang ringkas dan padat kerana kebanyakkan penemuduga mengejar masa untuk menemuduga calon seterusnya.

Sekiranya ingin memberikan impresi yang baik, maka bercakaplah dengan nada yang tegas dan bersemangat. Elakkan bercakap ataupun membebel terlalu banyak kerana ini adalah salah satu perkara yang menjelikkan penemuduga
sumber

  • Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli
  • Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli disekolah, malah juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa
  • Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
  • Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah
  • Selain itu guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.



Buli Fizikal

Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. Paling ganas boleh menyebabkan kematian

Buli Mental

Lebih kepada ejek-mengejek. Contohnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar yang membuli. Sungguhpun begitu, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya berlaku serius di sekolah.


  • rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar
  • individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka
  • mereka pernah menjadi mangsa buli
  • individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hiperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain
  • mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah displin
  • akibat masalah keluarga
  • sekadar mahu berseronok
  • mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajara lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan
  • iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran

Tajuk di atas sebenarnya bukanlah ingin mengajak anda untu membuli, tetapi mengenali apa itu buli. mungkin kita sendiri tidak sedar atau tidak perasan bahawa kita sedang di buli.
Membuli sebenarnya satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah. Kejayaan mereka membuli junior contohnya, menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.
Buli ini adalah perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing
Pembulli
  • terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat,lima dan enam
  • bertubuh besar,tegap dan tinggi
  • melibatkan  sekumpulan pelajar  dan biasanya usia mereka adalah sebaya
  • membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah
  • kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak oleh sesiapa
Dibuli
  • Pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu,dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah
  • bertubuh kecil




Minum air sejuk setiap hari sebanyak 6 @ 7 gelas boleh menyegarkan badan dan menjaga kesihatan. Air yang diminum sebaiknya hendaklah dimasak setiap kali hendak minum. Minum air masak boleh menghindarkan penyakit berjangkit. Jika anda terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka, minum segelas air sejuk boleh menteteramkan keadaan dan mengawal tekanan darah. Ada orang suka melakukan olahraga dan bersukan tetapi menghadapi masalah, setelah melakukan olahraga atau bersukan, bada selalu tidak sihat dan terasa sakit di setiap sendi. Anda dinasihatkan supaya minum air sejuk yang dicampur dengan garam. Caranya, ambil gelas atau cawan dan diisi dengan air yang sudah dimasak. Dicampurkan dengan garam secukupnya. embunkan air itu di tempat lapang dan bersih udaranya. Apabila bangun daripada tidur, berkumur sedikit dengan air tersebut dan minum baki air yang tinggal. Bagi mereka yang menghidap sakit buah pinggang, minum terlalu banyak air boleh memudaratkan kesihatan. Air hendaklah mengikut sukatan yang disyorkan oleh doktor
Minyak wangi Al-insyirah : Ikhtiar dalam mengusir gangguan makhluk halus dan sihir

Kandungan :
Kasturi kijang, Ros, Gaharu, Daun Bidara, Zaffaran dan Garam bukit.


Antara khasiat Minyak wangi Al-Insyirah:
Dengan izinNYA
Memberi kekuatan pada roh.Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
Menenangkan Jiwa
Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
Meredakan ketakutan dan kebimbangan
Meredakan debaran jantung
Menghilangkan Sesak Nafas
Menyedarkan orang yang pengsan
Menghilangkan rasa gementar
Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
Kesemua di atas adalah berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat.
Diruqyah dengan ayat-ayat Quran dan zikir-zikir:
1. Fatihah
2. Al-Baqarah - ayat 1-5, 163, 255-257 , 284-286
3. Ali-Imran - ayat 18, 26-27
4. Al-A'raf - ayat 54-46
5. Al-Isra' - ayat 110-111
6. Al-Mukminun - ayat 115-118
7. As-Soffat - ayat 1-11
8. Ar-Rahman - ayat 33-40
9. Al-Hasyar - ayat 21-24
10. Al-Jin - ayat 1-4
11. Al-Kafirun
12. Al-Ikhlas
13. Al-Falaq
14. Al-Anas
15. Al-Insyirah
16. Al-fil
17. Ayat-ayat pembatal sihir
18. Ayat Munjiyat (ayat 7)
19. Wirid as sakran
20. Selawat syifa' dan pelbagai selawat
21. Doa nurun nubuwah
22. Doa-doa pembakar makhluk halus dan doa-doa syifa'


“al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan


“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk.


Harga
8ml RM 20 sebotol
Minimum order untuk Poslaju 3 botol 
cuma 
RM 50 sahaja
Kos penghantaran percuma bagi semenanjung Malaysia.
Penghantaran ke Sabah & Serawak dikenakan caj RM9
Poslaju ke Brunei RM55 (harga standard Poslaju)

TEMPAHAN
sila bank-in ke:
Maybank
Mohd Hazim Khairuddin (012-2204541)
164192039908


Kemudian emailkan bukti pembayaran, kuantiti, nama dan alamat ke
Mohd.hazim86@gmail.com
Penghantaran akan dibuat secepat mungkin 2-3 hari berkerja,insyaALLAH Al Insyirah akan sampai ke tangan anda.

Untuk temujanji rawatan sila klik sini
Atau Call 016-2206579 Muhammad


PECAH RUMAH
Cara Mencegah

Perlindungan Secara Fizikal

  • Pasang "door viewer" penyelak pintu utama
  • Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti
  • Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda
  • Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda
  • Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda
  • Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk pengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh

Langkah Berjaga-jaga

  • Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda  walaupun untuk masa yang singkat
  • Jangan sembunyikan kunci di bawah alas akaki, di dalam pasu bunga atau diatas kotak meter elektrik di luar rumah anda
  • Jangan tinggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah
  • Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri
  • Hentikan hantaran (contoh :suratkhabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari
  • Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni
  • Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti simpanan keselamatan
  • Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah
  • Pasangkan CCTV sebagai langkah keselamatan/kaedah berkesan dalam situasi ini.
Rompakan di Rumah
  • Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa
  • Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali
  • Kenal pasti pelawat melalui 'door viewer' dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali
  • Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda
Rompakan di Tempat Awam
  • Berwasapada apabila orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang selalu berpeleseran di kawasan lif
  • Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan. Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah
  • Apabila di dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan denagn panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini
  • Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak
  • Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat sunyi / gelap
  • Berhati-hati dengan orang yang mencurigakan yang sentiasa berpeleserean di lif, tangga, kaki lima dan di kawasan awam
  • Bawa alat penggera bersama anda dan gunakan ia untuk mencegah perompak atau untuk menarik perhatian orang yang berdekatan
Apa Perlu Anda Lakukan Jika Dirompak
  • Anda perlu bertenang, jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata
  • Perhatikan gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku, pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu pihak polis untuk mengesan peromapk berkenaan
  • Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri
  • Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kereta dan jenis kereta. PAstikan juga ke arah mana ia pergi.
  • Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi Balai Polis yang berdekatan dengan segera
Dimanakah Peragut dan Penyeluk Saku Bertindak

  • Jalan atau lorong yang gelap/sunyi
  • lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motosikal/kereta untuk melakukan kegiatan mereka
Bagaimana ia Boleh Berlaku
  • Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkan untuk tontonan orang ramai
  • Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut
  • Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak
Langkah-Langkah Keselamatan dari Diragut
  • Sentiasa membawa wang secara minima
  • Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah
  • Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut/disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelakkan dari berlaku kecederaan kerana diseret
  • Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat sunyi atau semasa menaiki lif
  • Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai
  • Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit/dibimbit dengan tangan
  • Elakkan dari memakai barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah
  • Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpanyanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan lain-lain
  • Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.
Cara Untuk Menghindari Penyeluk Saku
  • Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khalayak ramai
  • Anda boleh membeli di internet atau menggunakan kad kredit
  • Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya
  • Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan
  • Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul/troli di pusat membeli belah
  • Periksa beg duit/beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab
  • Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi