berwaspada kepada ( rompak / samun )

Rompakan di Rumah
  • Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa
  • Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali
  • Kenal pasti pelawat melalui 'door viewer' dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali
  • Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda
Rompakan di Tempat Awam
  • Berwasapada apabila orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang selalu berpeleseran di kawasan lif
  • Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan. Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah
  • Apabila di dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan denagn panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini
  • Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak
  • Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat sunyi / gelap
  • Berhati-hati dengan orang yang mencurigakan yang sentiasa berpeleserean di lif, tangga, kaki lima dan di kawasan awam
  • Bawa alat penggera bersama anda dan gunakan ia untuk mencegah perompak atau untuk menarik perhatian orang yang berdekatan
Apa Perlu Anda Lakukan Jika Dirompak
  • Anda perlu bertenang, jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata
  • Perhatikan gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku, pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu pihak polis untuk mengesan peromapk berkenaan
  • Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri
  • Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kereta dan jenis kereta. PAstikan juga ke arah mana ia pergi.
  • Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi Balai Polis yang berdekatan dengan segera
Post a Comment