Tips Panduan Pencegahan Jenayah Untuk Anda

PECAH RUMAH
Cara Mencegah

Perlindungan Secara Fizikal

  • Pasang "door viewer" penyelak pintu utama
  • Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti
  • Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda
  • Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda
  • Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda
  • Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk pengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh

Langkah Berjaga-jaga

  • Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda  walaupun untuk masa yang singkat
  • Jangan sembunyikan kunci di bawah alas akaki, di dalam pasu bunga atau diatas kotak meter elektrik di luar rumah anda
  • Jangan tinggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah
  • Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri
  • Hentikan hantaran (contoh :suratkhabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari
  • Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni
  • Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti simpanan keselamatan
  • Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah
  • Pasangkan CCTV sebagai langkah keselamatan/kaedah berkesan dalam situasi ini.
Post a Comment