HSBC :- 45% MENINGKAT KOS SARA HIDUP )???)

Kaji selidik HSBC Bank mendapati lebih 45 peratus daripada warga kerja di negara ini berpendapat kos sara hidup meningkat pada kadar lebih pantas daripada pendapatan mereka, manakala warga Malaysia ialah yang tertinggi di Asia (28%) berkata keupayaan menyimpan untuk persaraan terkesan daripada beban hutang.

"Kesan jangka panjang kelembapan ekonomi global akan dirasai ramai untuk beberapa dekad akan datang.

"Sungguhpun terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi, impak jangka panjang akan menyebabkan gelombang kepada jutaan rakyat yang terpaksa menggunakan simpanan dan berhutang bagi menghadapi kesukaran yang dihadapi," kata Pengurus Besar Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan HSBC Bank Malaysia Bhd, Lim Eng Seong.

Post a Comment