Dulu saya sangat ego, saya tidak boleh menerima yang saya gagal dari segi kewangan. Saya pandai, saya ada kerja, saya ada bisnes, saya tak perlukan nasihat sesiapa untuk menyelesaikan masalah kewangan saya.
Rupa2nya, Ego itulah merupakan tembok penghalang terbesar dalam diri saya untuk bergerak dari satu tahap kepada satu darjat yang lebih baik.
Disebabkan terlalu fokus mencari duit untuk menyara keluarga, dan hasilnya duit yang dicari tidak pernah cukup, tanpa saya sedari, saya terlepas dan terlupa untuk menikmati hidup ini.
Bagaimana kuat sekali pun saya bekerja, saya tetap dapat duit yang sedikit, yang hanya mampu untuk meneruskan kehidupan yang biasa2 saje. Tiada nikmat tetapi keperitaan yang sudah menjadi satu kebiasaan dalam diri.
Ego lah yang memenjarakan kita selama ini untuk menikmati keindahan hidup yang Tuhan kurniakan dimuka bumi ini. Ego lah yang menyebabkan syaitan terkeluar dari kenikmatan tersebut. Ego lah tahap pengukur darjat manusia.
Mungkin kita tidak sedar, sebab kita rasa kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah kewangan kita, kita sangat rajin bekerja, tetapi 'belum ada rezeki lagi'.
Mungkin anda betul, anda belum bertemu jalan sahaja lagi. Tetapi hakikatnya, anda tidak akan bertemu jalan tersebut, jika anda tidak mahu mencari.
Doktor tidak dapat mengubati pesakit yang tidak mahu datang ke hospital untuk berubat. Cikgu tidak boleh mengajar murid yang tidak mahu pergi sekolah.
Seseorang tidak boleh dibantu kalau dia sendiri tidak mahu dibantu. Kesedaran tidak akan datang kepada sesiapa yang awal2 lagi sudah menutup pintu hati untuk mengetahui sesuatu kebenaran. Anda tidak akan berubah jika anda sendiri tidak mahu berubah.
ikhlas daripada
KPL azmiee zein
KEIKHLASAN PERNIAGAAN LANCAR-KPL
0 comments:
Post a Comment