1 # Penggunaan Launcher EX
Bagi aku, penggunaan launcher di android sangat tak di perlukan.. Walaupun Launcher akan mencantikkan pamparan h andphone android anda, tapi ia akan menyebabkan handphone anda kehabisan bateri dengan cepat. Applikasi Launcher sangat berat, penggunaan ram yang tinggi dan cepat makan bateri.
2 # OFF Wifi jika tidak digunakan
Apabila wifi di on kan, automatik akan menambahkan lagi penggunaan bateri handphone android anda. So cara nak menjimatkannya, setiap kali korang tak guna internet, boleh la off Wifi tersebut. Termasuk lah Bluetooth.
Clearkan Applikasi setiap kali habis di gunakan
Biasanya bila kira run satu applikasi di handphone android, pasti ia akan terus run walaupun kita dah back untuk exit. Sekiranya terus di biarkan run, secara tak langsung bateri akan cepat habis. So, untuk jimatkan bateri handphone android anda, anda hanya perlu clearkan semua applikasi yang run. Hanya tekan lama pada main button dan clear all dengan click pada trash simbol.
4 # Force Stop applikasi yang di belakang tabir
Point yang ke empat, force stop applikasi di belakang tabir. Kalau tadi kita clearkan applikasi yang di run, sekarang kita nak force stop applikasi yang secara kita tak sedar dia run belakang tabir. Sebagai contoh, Chat On, Groupon, Facebook, Email, Maps, S Voice dan lain lain. Cara nak force stop, anda boleh pergi ke Setting >> Applications Manager >> slide untuk ke Running application. Kat situ akan di senaraikan semua applikasi yang berada di sebalik tabir. Hanya touch pada applikasi yang nak di hentikan dan touch pada FORCE STOP.. pastikan anda Force Stop setiap applikasi yang tidak di gunakan.
5 # Aktifkan Power Saving Mode
Aku suka sangat aktifkan power saving mode. Ini memang untuk jimatkan bateri handphone android .. Yang ni aku tak risau sangat sebab ramai yang tahu guna. Asal nak jimat bateri, mesti akan on Power Saving.. so tak perlu di ajar..
6 # OFF Sync
Mungkin ada pengguna android tak sedar dan tak tau fungsi Sync. Kebiasaannya Sync digunakan pada pelbagai jenis akaun seperti gmail, dropbox, groupon dan lain lain. Fungsi sync ini lah yang menyebabkan applikasi run di belakang tabir seperti di point 4. So untuk penjimatan bateri, anda perlu setkan fungsi Sync OFF, dan on apabila di perlukan sahaja. Ia jugak dapat mengurangkan penggunaan data package anda. Cara nak off boleh ke Setting -> Accounts & Sync. Mudah kan nak jimatkan bateri handphone android.. Next..
7 # Screen brightness dan Time Out
Untuk handphone S3 aku biasa pakai automatik screen brightness dan time out screen display boleh set ikut keselesaan anda. Aku biasa set 30 saat. Tak boleh terlalu cepat, dan terlalu lama.. Kalau cepat, nanti bila on display, tiba tiba dia gelap. Kalau terlalu lama, nanti makan bateri pula bila lupa nak tekan sleep mode.
8 # Sound dan Vibration
Ramai yang cakap sound dan vibrate juga memainkan peranan untuk bateri cepat habis termasuk pada keynotes, touch sounds, screen lock sounds, haptic feedback dan lain lain. Anda perlu disable semua sound tersebut sebab tak diperlukan bunyinya. Cara nak disable boleh ke Setting >> Sound >> System.
9 # Pengecas Telefon
Dulu aku pernah ada masalah dengan pengecaj S3 aku. Sekarang pengecaj di jadikan sekali dengan cable usb. Entah kenapa, cable dan kepala pengecharge dah tak boleh di gunakan. Kiraan bateri tak pernah meningkat tetapi handphone menunjukkan charging. Aku try guna cable di kepala charge Galaxy Tab 7.7 yang hilang dulu, dan tetap hadapi masalah yang sama. Bila tukar wayar cable yang lain, elok pula. Penggunaan cable yang rosak macam ni boleh menyebabkan bateri anda rosak. Ye la, dah lebih 8 jam charge tapi tetap tak naik. Selain itu, korang kena elakkan charge melalui kereta dan cable di laptop sebab arus charge yang berbeza.
10 # Beli lah power bank
Zaman sekarang power bank ni sangat di perlukan. Lagi lagi kalau korang yang kerja as social media. Mana mana je nak online.. So aku sarankan korang beli satu. Kalau nak murah beli kat Groupon atau Mydeal. Promosi dia superb. Aku beli yang macsonic di mydeal, alhamdulillah.. Sampai sekarang terbaik!. hehe..
jimatkan bateri handphone android…
sumber
0 comments:
Post a Comment