7 Aktiviti & Infiniti Cuti Anda

Hai semua, mungkin jumaat adalah hari terakhir anda bekerja, belajar atau apa jua yang anda lakukan bermula dari isnin hingga jumaat. Ada diantara kita, saya mungkin mula membuat perancangan rapi dengan kesediaan cuti sabtu dan ahad. Apabila saya fikirkan, saya nak kongsi sedikit dengan anda apa agak-agaknya kita buat apabila hari minggu ini :-

  • Melancong
Untuk yang sudah berkeluarga, mungkin aktiviti ini akan mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim. bujang pula sangat suka melancong bersama-sama rakan rapat, sambil merehatkan minda yang letih, aktiviti ini juga dapat melegakan tekanan mereka untuk melupakan segala masalah yang timbul ketika itu ditempat kerja atau di tempat mereka belajar. tempat pelancongan yang sudah semestinya di pantai, hutan simpan, tempat bersejarah, 
  • Tidur
Perkara yang paling digemari oleh sesetengah insan yang bergelar manusia.hehe.
  • Keluarga
Waktu cuti adalah waktu yang paling bermanfaat untuk keluarga menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. aktiviti luar juga boleh dijalankan bersama kelurga seperti memancing, berkelah, jungle tracking, paintball, bersiar-siar, mengemas rumah, membasuh kereta, mandi-manda. aktiviti bersama jiran sebelah amatlah digalakkan
  • Riadah
Atau bersukan adalah aktiviti sihat, sejajar dengan sahutan di luar sana berjalan brape puluh ribu akan menyihatkan badan terutama jantung anda. mungkin agak penat apabila bersukan apabila anda berlari atau berjalan sahaja.tentu bosan bukan. anda boleh mengadakan aktiviti seperti bermain badminton, futsal, ping pong, bola sepak, batu seremban, congkak dan perkara sukan yang lain bagi menjamin kesihatan anda terjaga di samping waktu cuti anda berbaloi dengan aktiviti ini. seperti contoh, anda seorang peminat sukan ping pong, anda boleh pergi ke mana-mana sahaja tempat orang bermain ping pong dan bermain bersama mereka. di samping anda boleh menujukkan "skill"  terbaru anda, pelajarilah cara terbaru menjadi seorang pemain yang hebat
  • Sosial
Aktiviti seperti berkaraoke, menonton wayang, berjumpa dengan rakan-rakan anda, tidak kira rakan alam maya anda atau rakan persekolahan anda dahulu. di samping dapat berchatting secara  face-to-face (F2F) anda juga boleh berkongsi maklumat atau mengembangkan perniagaan anda atau menjana idea kreatif untuk menjana pendapatan lebihan anda untuk jaminan masa hadapan cemerlang. selain itu juga dengan bersosial anda juga akan mendapat rakan baru atau penambahbaikkan dalam bidang komunikasi anda secara verbal atau bukan verbal kepada sesiapa sahaja yang anda baru kenali.
  • Belajar
Menambah pengetahuan seperti mengambil pendidikan andragogi secara formal ataupun tidak dengan menghadiri kursus, bengkel,  ceramah, kempen juga dapat menjadikan anda insan berilmu dan ia tidak merugikan anda kerana apabila ilmu itu digunakan, maka anda akan lebih bersemangat dan ini juga akan menjana buah fikiran baru untuk mewujudkan jaringan perniagaan yang baik untuk anda pada masa hadapan. tidak kira apa jua bidang yang ingin anda ceburi, ilmu adalah sukatan pertama yang dinilai untuk berjaya dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan
  • "Shopping"
Perkara yang sangat diminati oleh kalangan wanita, tidak kira kecil, besar, tua dan muda tidak lekang dari perkataan ini setiap kali waktu cuti. waktu ini akan dimanfaatkan dengan berkualiti dengan mengunjungi pusat beli belah terkemuka di mana jua tempat anda tinggal. aktiviti ini sebenarnya adalah aktiviti sihat kerana anda telah melakukan beberapa aktivti lain selain daripada membeli belah iaitu bersosial dan beriadah secara tidak sengaja pada ketika ini. selain itu juga aktiviti ini dapat mengurangkan tekananan atau stress yang dijangkakan akan membebankan pemikiran anda sepanjang kerja atau belajar.


Post a Comment