Selalukah Anda Membuat Pengeluaran Wang? Pertukaran Wang? Pembayaran?

GANGGUAN SEBELUM BERLAKU KECURIAN. Biasanya penjenayah menggunakan pelbagai cara untuk melakukan kecurian ke atas seseorang. Di antara biasa dilakukan ialah :
KES 1

  • Mengotorkan pakaian anda dan menawarkan untuk membersihkannya
  • Cuba Menarik perhatian anda misalnya menjatuhkan sesuatu untuk menarik perhatian dan akan mengambil peluang mengambil wang anda

KES 2

  • Penjenayah juga berkemungkinan memerhatikan anda dan cuba mempengaruhi anda dengan mendakwa anda mencuri wang mereka. Sesetengah penjenayah biasanya mempunyai kawan di kawasan itu dan berpura-pura mempertahankan saksi

KES 3

  • Jika anda memandu kenderaan, salah satu daripada helah yang digunakan penjenayah ialah dengan menggoda/mengumpan anda untuk keluar daripada kenderaan dengan memancitkan tayar atau kemalangan kecil. Penjenayah biasanya berdua akan mengambil peluang, mengambil wang di dalam kenderaan semasa anda sibuk menukar tayar atau bersembang dengan salah seorang penjenayah semasa menunggu bantuan.
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
  • Memberitahu pengawal keselamatan jika melihat orang yang tidak dikenali cuba untuk menarik perhatian anda dengan menarik perhatian anda dengan menumpahkan bahan-bahan seperti sos, mustard, aiskrim dan sebagainya ke atas pakaian atau menjatuhkan wang ke lantai. Orang yang tidak dikenali ini berkemungkinan seorang pencuri yang cuba mengambil kesempatan ke atas anda. Anda perlu menolak jika orang yang tidak dikenali ingin membersihkan kotoran tersebut.
  • Anda hendaklah peka apabila dihampiri oleh seseorang yang ingin mempengaruhi anda. Mereka mungkin cuba untuk menipu dengan meragut secara tiba-tiba
  • Kunci pintu dan tingkap sepanjang anda memandu kenderaan. Jika ada sebarang masalah teknikal, pastikan wang anda disimpan di tempat yang selamat sebelum keluar daripada kenderaan.
DIRAGUT ATAU DIROMPAK
Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil
  • Pastikan tempat pengeluaran wang terdapat lebih daripada seorang semasa anda ingin membuat pengeluaran yang banyak
  • Pastikan anda berteman sekiranya anda membuat pengeluaran yang banyak
  • Semasa menghampiri dan meninggalkan tempat pengeluaran wang, hendaklah peka jika terdapat ada orang yang sedang memerhatikan gerak-geri anda.
  • Mengubah laluan ke tempat pengeluaran wang dari masa ke semasa
  • Jika anda menggunakan kenderaan sendiri, cuba gunakan kenderaan berbeza jika memerlukan
  • Jangan berhenti di sebarang tempat sepanjang perjalanan.
  • Jangan mengira jumlah wang yang banyak di tempat awam
  • Jangan cuba untuk menarik perhatian orang lain semasa membawa wang berlebihan
  • Gunakan khidmat Pengawal Keselamatan Bersenjata semasa membuat pengeluaran wang yang banyak.
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA MENJADI MANGSA
  • Bertenang, jangan melawan jika penjenayah bersenjata
  • Catatkan tentang gambaran penjenayah, contoh seperti raut wajah, pakaian, tingkah laku, pergerakan dan lain-lain bentuk fizikalnya. Ini akan mendorong dan menolong polis untuk mengenal pasti identiti penjenayah pada masa akan datang.
  • Buat catitan tentang penjenayah samada bersenjata dan jika menggunakan kenderaan catatkan nombor pendaftaran dan warna kenderaan
  • Menghubungi polis pada talian '999' atau pergi ke Balai Polis berdekatan dengan segera.

0 comments: