R.A.G.U.T

TEMPAT SERING BERLAKU
  • Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi
  • Biasanya peragut berjalan kaki atau bermotosikal
  • Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk
BAGAIMANA BOLEH BERLAKU
  • Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka
  • Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan
  • Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di kawasan/tempat sesak
  • Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut 
  • Meletakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (Passenger Seat)
  • Sibuk menjawab panggilan/sms sehingga lupa keadaan sekitar
CARA ELAK/PENCEGAHAN
  • Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang
  • Untuk wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut
  • Memakai beg silang untuk keselamatan yang lebih daripada beg tangan
  • Untuk lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang
  • Elakkan meletakkan beg tangan di tempat duduk jika memandu berseorangan
  • Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak
  • Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tempat awam
  • Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut
  • Elak daripada tidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya
  • Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain
  • Sentiasa berwaspada kepada persekitaran semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon/sms

Post a Comment