Elak Kecurian Kenderaan

TEMPAT-TEMPAT KECURIAN SERING BERLAKU IALAH :

  • Tepi jalan besar mahupun kecil
  • Tempat letak kenderaan awam
  • Hadapan rumah
  • Tempat letak kereta dalam pusat membeli belah, hotel, stesyen LRT, taman tema (Theme Park) dan lain-lain
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KECURIAN KENDERAAN

KERETA :
  • Pastikan kereta anda berkunci bila meninggalkannya
  • Pasang kunci tambahan di bahagian-bahagian penting seperti stereng, gear, roda dan clucth
  • Pasang alat penggera (alarm)
  • Letakkan kereta (parking) di tempat yang mudah dilihat, terang dan tidak terpencil
  • Pastikan kunci kereta tidak dibuat salinan semasa diservis atau dicuci
  • Jangan serahkan kunci kereta kepada joki kereta
  • Ukir nombor pendaftaran di cermin kereta dengan sandblasting
  • Elakkan dari meletakkan kenderaan anda bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini akan memudahkan pencuri mencuri ( terlindung dari pandangan orang )
  • Siap sedia dengan kunci kereta apabila ke kereta
MOTOR :
  • Letak motosikal di tempat-tempat yang dikhaskan
  • Pastikan motosikal anda berkunci bila meninggalkannya
  • Jangan tinggalkan motosikal di tempat yang sunyi dan gelap
  • Gunakan rantai atau kunci tambahan
  • Jika perlu ukirkan nombor pendaftaran motosikal di bahagian-bahagian penting atau lengkapkan dengan isyarat pencegah kecurian

0 comments: