Elak Motosikal Dicuri

SASARAN CURI MOTOSIKAL

  • Kompleks membeli belah
  • di hadapan rumah/kedai
  • tepi jalan raya
  • tempat letak motosikal di parkir awam, hotel, stesyen LRT, taman perumahan, taman permainan dan theme park
FAKTOR BERLAKU KECURIAN
  • Tidak mengambil kunci motosikal
  • Motosikal tidak dikunci
  • Tiada kunci tambahan
  • Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
  • Meninggalkan barang berharga di motosikal
  • Meninggalkan motosikal dengan keadaan enjin masih hidup ketika membeli barang
BAGAIMANA MENCEGAH KECURIAN MOTOSIKAL
  • Letak motosikal di tempat yang dikhaskan
  • Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya
  • Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam, letak di tempat yang terang/berlampu
  • Sediakan rantai dan kunci tambahan untuk mengelakkan motosikal dicuri
  • Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
Beri INFO kepada polis jika anda terlihat ada individu yang tidak dikenali dan mencurigakan di mana-mana kawasan tempat letak motosikal atau jikan ada orang asing tidak dikenali berlegar-legar di kawasan perumahan anda dalam keadaan mencurigakan.

sumber : Caw.Hal Ehwal Awam Jab.Pengurusan Polis
Post a Comment