7 Jenis Pembeli di Facebook. No.2 Paling Best !

7 Jenis Pembeli di Facebook Yang Perlu Usahawan Ambil Tahu 


Terdapat pelbagai ragam manusia di dunia ini. Jika disenaraikan, ia begitu banyak sekali.

Begitu juga dengan pembeli di Facebook, terdapat banyak jenis dan ragam mereka tersendiri.


Tujuh daripadanya adalah seperti berikut


Pertama 

Pembeli yang amat suka bertanya. Gunakan Facebook agar mudah untuk mereka bertanya tanpa perlu mereka buka emel.

Mereka suka bertanya sama ada melalui ruangan komen, wall post dan ruangan mesej (Inbox).



Kedua

Pembeli yang suka terus membuat pembelian tanpa mahu bertanya apa-apa.

Mereka ini akan lihat produk dan terus bayar.
Cukup letak gambar produk dan maklumat pembayaran.



Ketiga 

Pembeli yang suka tengok-tengok gambar produk dahulu sebelum beli.

Maka upload gambar-gambar produk ke dalam setiap album masing-masing di Facebook, atau gunakan online shopping cart.


Mereka suka tengok macam-macam jenis produk, contohnya fesyen baju yang pelbagai.

Mereka ini suka ‘menjamu’ mata dahulu sebelum pilih produk yang lebih mereka berkenan.



Keempat

Pembeli yang akan membuat pembelian di lain hari.
Mereka lebih suka 'window shopping' terlebih dahulu di Facebook.

Cara untuk jadikan mereka sebagai pelanggan adalah dengan upload gambar produk ke dalam album ataupun wall Facebook Page.


Biasanya mereka akan 'tag' diri mereka pada gambar produk ataupun 'share' di wall mereka terlebih dahulu.


Kelima

Pembeli yang tidak suka penerangan panjang lebar. Mereka ini biasanya akan tanya satu soalan
dalam satu masa.

Jika soalan mereka ringkas, kita jawab seringkas yang boleh tetapi jawapan itu jelas dan menjawab soalan mereka.


Keenam 

Pembeli yang suka tanya banyak soalan. Mereka ini seorang yang amat teliti.

Mereka akan bertanya dari sekecil-kecil soalan sehingga kepada sebesar-besar persoalan.

Mereka hanya akan mula membeli setelah mereka benar-benar puas hati.


Melayan pembeli sebegini memerlukan kesabaran yang amat tinggi.


Ketujuh 

Pembeli yang tidak suka baca jawapan sedia ada.

Mereka ini mahu jawapan mereka dijawab terus kepada mereka.


Contohnya jika mereka bertanya melalui Inbox, mereka mahu soalan itu dijawab melalui Inbox
itu terus dan bukan dengan memberikan mereka jawapan yang telah siap sedia seperi
pada Notes ataupun gambar produk.




0 comments: