24 Nyawa Tahfiz terbakar

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Hujung di sini yang mengorbankan 24 nyawa.




Justeru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata PDRM akan memberikan kerjasama dan bantuan sepenuhnya dalam memastikan segala tindakan yang diambil berjalan lancar dan sempurna.



"Salam takziah daripada saya dan seluruh warga PDRM kepada semua keluarga mangsa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya dalam satu kenyataan.



Dalam kejadian jam 5 pagi tadi, 22 pelajar dan dua tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban dalam kebakaran.

Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian pintu yang terletak di bahagian tengah asrama berdasarkan keadaan mayat mangsa yang dipercayai cuba mengelak daripada api.

Kejadian dipercayai berpunca akibat lintar pintas kerana ada kotak suis elektrik di sebelah pintu berkenaan.

0 comments: