7 Remaja Ditahan Bantu Siasatan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Terbakar


KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh remaja bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Mereka berumur di antara 11 dan 18 tahun dan bukan pelajar dari pusat tahfiz berkenaan.

Penahanan itu dilakukan hasil pengecaman wajah seorang remaja melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, siasatan polis mendapati wujud unsur khianat dengan niat membakar dalam insiden yang telah meragut nyawa 23 mangsa.

Enam daripada tujuh suspek disahkan positif dadah, manakala dua suspek memiliki rekod kesalahan lampau.

Polis berkata motif bakar berpunca daripada ejek mengejek di antara suspek dengan pelajar tahfiz.

Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 435 sebab khianat guna api.



SUMBER

0 comments: