8 Jenis Produk Paling Laris di Facebook
Sekarang nak membeli belah pun mudah, tak macam dulu. semua di hujung jari kan? hehe
Semakin ramai yang berminat untuk menjual di Facebook, lagi-lagi setelah membaca banyak
kisah kejayaan yang diraih oleh orang lain.
Selain itu, pengguna Facebook di Malaysia juga semakin biasa 'membeli-belah' di Facebook. Ia
sudah tidak asing lagi bagi mereka.
Perkembangan ini adalah satu berita dan perkara yang baik untuk kita.
Tidak mengambil peluang ini sama ada untuk menjana pendapatan tambahan ataupun
sepenuh masa, adalah satu kerugian yang amat besar.
Salah satu perkara yang menyebabkan ramai orang yang tidak mula berniaga dan menjual di
Facebook adalah kerana :
- tidak tahu produk apa yang dapat dijual
- tidak tahu bagaimana cara mendapatkan produk yang akan dijual itu.
Dalam perniagaan online mahupun offline, ia bukan mengenai "apa yang ingin kita jual", tetapi persoalan yang betul adalah "produk apakah yang ramai mahu beli".
Apabila kita bertanyakan soalan yang betul, barulah kita dapat tahu produk yang laris dan laku di Facebook.
Tidak begitu sukar untuk mengetahui produk yang paling laris di Facebook.
Salah satu caranya adalah dengan melihat produk usahawan dan peniaga lain jual.
Jika produk itu laku, maka itu bermaksud produk jenis itu mendapat sambutan di Facebook.
Berikut adalah lima jenis (kategori) produk yang paling laris di Facebook :
- Pakaian (terutama pakaian wanita).
- Makanan kering (seperti rempah segera, serunding daging, dan sebagainya).
- Buku (terutama buku yang topiknya ada pasaran yang besar).
- Produk kesihatan seperti makanan tambahan.
- Produk penjagaan diri seperti rawatan wajah.
- Produk Kecantikan Wajah / Kulit
- Produk Putihkan Badan / Wajah
- Produk Kurus
Setelah mengetahui produk yang terlaris di Facebook, di manakah kita dapat perolehi produk ini
untuk mula menjualnya?
Ada beberapa cara :
1.Jadi ahli dropship mana-mana syarikat dropship seperti Lazada, Zalora, EdyMart.com dan MuslimNiaga.com. Ada yang percuma dan ada yang mengenakan bayaran bulanan dan keahlian seumur hidup, kita boleh menjual banyak produk tanpa menyimpan stok di rumah. ( tak pasti masih lagi dibuka atau sudah ditutup, boleh google untuk kepastian )
2.Cari pembekal dan beli secara borong. Cara untuk mencari pembekal amat mudah. Gunakan Google.com dengan menaip "pembekal + nama produk".
Contohnya, "pembekal + kerepek". Hubungi mereka dan buat temujanji untuk berjumpa.
Pastikan mereka ada rekod yang bersih dan bukan penipu. Elakkan berurusan tanpa mengetahui maklumat mereka sepenuhnya.
3. Affiliate. Ini adalah pilihan yang paling mudah. Namun kadar keuntungan yang diperolehi
adalah amat rendah berbanding dua cara di atas. pendaftaran PERCUMA dan jika ingin belajar cara mudah untuk buat duit dengan bisnes affiliate boleh KLIK SINI
0 comments:
Post a Comment