5 Tips Ayat Status Facebook Yang Mudah Dapat LIKE & VIRAL


5 Jenis Bentuk Ayat Status Facebook yang Mudah Mendapat Like dan Mungkin Boleh Jadi Viral, siapa tahukan ? belum cuba belum tahu . hehe :D

Betul Ke Mudah Dapat Like ?

Penting Sangat Ke  ? 


Mendapat Like untuk tulisan kita di Facebook adalah penting, kerana ia juga salah satu 
proses penjenamaandan juga interaksi bersama Fans. 

Selain itu, apabila sesebuah status tulisan mendapat Like, Friends kepada Fans yang 
Like itu dapat melihat status tersebut. 

Akhirnya mereka juga akan masuk ke Fan Page kita. 


Persoalannya, apakah bentuk ayat yang mudah mendapat Like? 



Pertama 

Tulisan yang ringkas 


Pengguna Facebook mahukan suasana yang santai. 

Mereka boleh sahaja membaca tulisan yang panjang lebar, tetapi tidak selalu. 

Jadi, tulisan yang ringkas dan pendek adalah santai kerana ia mudah dibaca. 


Namun, ayat yang ringkas itu haruslah membuatkan Fans : 


  • gembira, 
  • bersemangat, 
  • rasa dihormati 
  • dan seronok. 
  • empati ( aku rasa apa kau rasa )
letakkan diri kita sama macam pembaca yang baca post kita tu nanti, boleh paham tak  ? :D


Elakkan ayat-ayat yang menyakitkan hati mereka. 




Kedua 

Tulisan berinformasi 


Salah satu bentuk tulisan yang banyak dibaca oleh orang adalah tulisan yang bermaklumat, 
iaitu terdiri daripada fakta, beritadan perkara yang bergunauntuk mereka. 

Tulis ayat yang berkaitan dengan bidang perniagaan anda.Apakah maklumat yang berguna untuk Fans (prospek) anda? 




Ketiga 

Tulisan "How To" 


Jika tulisan berinformasi suka dibaca oleh kebanyakan orang, tulisan "how to" (cara buat sesuatu) pula akan menyebabkan kita ataupun bisnes kita mendapat tempat di hati mereka. 


Ini kerana, tulisan berbentuk "how to" amat membantu mereka melakukan ataupun  menyelesaikan sesuatu. 

Contohnya jika kita menjual 'produk makanan' (contohnya rempah segera), kita boleh 
kongsikan cara memasak dengan menggunakan rempah itu, secara percuma di Fan Page. 




Keempat 

Tulisan beserta gambar (imej) 


Mana-mana jenis tulisan di atas, jika disertakan dengan gambar yang menarik dan berkaitan, pembaca akan lebih rasa mahu klik Like. 

Ini adalah fitrah manusia yang sukakan sesuatu yang ‘indah’ pada pandangan mata, selain 
sudah terbukti melalui kajian para Facebook Marketer. 




Kelima

Wujudkan Contest atau Pertandingan.

Cuba postkan soalan teka-teki , pertanyaan tentang perbezaan gambar atau soalan matematik yang simple. selain itu boleh jugak letak gambar berupa puzzle penyelesaian masalah.

Anda boleh search di goole gambar-gambar ini.

Selamat Mencuba

0 comments: