EPL Manchester City Kalahkan Manchester United


MANCHESTER 16 Okt. - Manchester City menunbangkan lawannya iaitu Aston Villa 4-1 di Eastlands bagi merampas takhta Liga Perdana England daripada Manchester United dengan kelebihan dua mata.
Gol City dijaringkan oleh Mario Balotelli pada minit ke-27 diikuti Adam Johnson pada minit ke-47 sebelum pertahanan, Vincent Kompany mengukuhkan kedudukan City pada minit ke-51.
Villa merapatkan jurang pada minit ke- 65 namun bekas pemain Villa, James Milner menjarakkan kembali kedudukan City dengan gol keempat pada minit ke-71.
Sementara itu, Queens Park Rangers (QPR) sekadar seri 1-1 dengan Blackburn manakala Norwich terus mempamerkan kecemerlangan selaku pendatang baru musim ini apabila menang 3-1 ke atas Swansea.
Bolton Wanderers yang berada di tangga tercorot liga akhirnya berjaya mencapai kemenangan kedua pada musim ini selepas menundukkan Wigan 3-1 di tempat lawan dan Stoke turut meraih tiga mata dengan mengalahkan Fulham 2-0

0 comments: